Pujian harus diberikan kepada pemilik tersebut di mana sekali imbas mungkin sekali akan kita akan menyangka ia sebuah Chevrolet Camaro yang sebenar.

Terutama sekali unit lampu depan dan belakang yang diambil terus daripada model Camaro, diikuti layangan warna kuning berjalur hitam.
Namun, dari sudut yang berbeza, jelas kelihatan elemen rekaan Nissan yang asal, terutama pada garis bumbung, hud enjin yang tidak tertutup kemas, panel badan sisi yang agak besar dan sudut trunk belakang yang aneh kelihatan.

Membuktikan kereta ini asalnya Skyline adalah susun atur papan pemuka yang masih lagi tidak berubah, di mana pemilik telah memadankan bahan suede palsu berwarna krim dan perang, tempat duduk perlumbaan Bride, dan roda stereng Momo.
Tidak ketinggalan, logo Autobot yang duduk di atas corong pendingin hawa tengah.

Tidak seperti model Camaro asal, Bumblebee ini hanya didatangkan dengan nadi enam silinder sebaris RB25 (daripada R33) menghasilkan 400 hp, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan.
‘Bumblebee’ palsu ini boleh dibawa pulang oleh mereka yang berminat, di mana laman Yahoo Japan menyenaraikan bidaan bermula dari 3.2 juta yen (RM103,465).
Sumber: Yahoo Japan