Bumbung stesen minyak runtuh dilanggar treler

oleh Penyumbang Rencana|
foto Utusan Malaysia
Bumbung stesen minyak di Sungai Ular, di Kulim runtuh selepas dilanggar treler yang sedang membelok untuk mengisi minyak di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superinten Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 7.20 pagi Sabtu.

Beliau berkata, ketika sampai di stesen minyak terbabit untuk mengisi minyak dan membelok ke pam diesel, secara tiba-tiba badan treler terbabit terlanggar bumbung stesen minyak.

"Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Tengku Mohd Faisal berkata, treler tidak mengalami sebarang kerosakan, manakala stesen minyak mengalami kerosakan pada bumbung dan empat pam minyak.

"Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59, " katanya ketika dihubungi.

Video di sini

Utusan Malaysia

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menariknya, pembinaan kilang ini akan dibiayai hasil dari penyenaraian saham Eve Energy di Bursa…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, kemalangan jam 10.30 pagi itu…
Informasi
Sebanyak tujuh model kereta akan dikeluarkan dalam tempoh lima tahun. "Pelaburan Hyundai ini akan…