Bunyi ekzos Nissan Z 2023 versi AT lebih bising berbanding model MT

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan peraturan bunyi bising yang dilaksanakan di Amerika Syarikat (terutama di California), Nissan dilapor telah memasang sistem ekzos dengan tetapan yang lebih senyap pada model Z bertransmisi manual enam nisbah kelajuan.

Menurut laporan daripada Jalopnik, mereka mendapati terdapat perbezaan  bunyi bising yang dihasilkan oleh Nissan Z versi manual dan automatik, biarpun hadir dengan talaan enjin yang serupa.

 


Setiap kereta baharu perlu melepasi ujian bunyi bising, lebih-lebih lagi di California di mana undang-undang yang lebih ketat dilaksanakan di negeri tersebut.

Ujian di California menggunakan set ujian yang dicipta oleh Society of Automotive Engineers (SAE J1470), di mana setiap kereta baharu perlu dipandu melepasi sebuah mikrofon pada kelajuan 31 batu sejam (50 km/j) dan perlu menekan pendikit sepenuhnya sehingga ia mencapai rpm kuasa puncak.
 

Nissan Z


Terdapat perbezaan ujian dijalankan untuk kereta bertransmisi manual dan automatik.

Untuk kereta manual, ujian tersebut perlu dibuat pada posisi gear kedua atau ketiga di mana kuasa puncak hanya akan tiba pada putaran enjin 6,400 rpm, dan ini menjadikan operasi enjin lebih bising.
 

Nissan Z


Namun untuk kereta automatik, pendikit hanya perlu ditekan habis untuk memastikan pecutan maksimum tanpa perlu menukar kepada posisi gear yang paling rendah.

Sistem transmisi automatik pula akan memilih posisi gear yang bersesuaian untuk mencapai kelajuan 50 km/j dan disebabkan itu Nissan Z versi auto mampu mengekalkan kebisingan yang dihasilkan pada tahap yang minimum.

Hanya disebabkan ujian ini, para jurutera memasang tetapan yang lebih senyap pada model Z bertransmisi manual, namun untuk Nissan Z bertransmisi auto masih lagi mengekalkan tetapan ekzos yang asal.
 

Nismo


Tapi usah risau, kerana terdapat banyak opsyen aftermarket yang membolehkan anda menjadikan runut bunyi Z bertransmisi manual lebih garang.

Sumber: Jalopnik

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan penambahan kenderaan yang semakin meningkat, ia turut menyumbang ke arah kesesakan lalu…
Berita Global
Kedua-dua pihak akan memegang kepentingan sebanyak 50-50, di mana syarikat baharu itu akan…
Berita Global
  Seperti biasa, GT-R digerakkan enjin VR38DETT 3.8 liter V6 turbo berkembar dan padanan…