Menurut laporan media Eropah, syarikat tersebut telah menghantar pekeliling ke pembekal komponennya meminta bayaran dengan jumlah yang "memberi erti" dari jumlah wang yang telah dibayar sejak tahun 2016 bagi membantu Tesla agar menjadi sebuah syarikat yang membawa keuntungan kembali.
Seorang pembekal yang dihubungi oleh media Eropah berkata mereka telah sekian lama bersiap sedia dan membuat pelaburan bagi memenuhi permintaan Tesla untuk menghasilkan 5,000 unit kenderaan seminggu untuk 12 bulan dan kerana itu mereka sendiri kerugian.
Pembekal itu menolak terus permintaan Tesla.
Menurut Tatsuo Yoshida, penganalisa autmotif dari Tokyo yang pernah bekerja dengan Nissan Motor Company, permintaan Tesla itu sebenarnya tidak menghairankan dan pernah dilakukan oleh beberapa syarikat kenderaan.
Seorang lagi penganalisa automotif dari Jepun berkata kebanyakan pembekal Tesla menghasilkan komponen yang tidak digunakan oleh syarikat lain.
"Jika Tesla jatuh bengkrap, mereka pun akan tutup kedai juga. Kerana itu, mereka perlu bantu Tesla," ujarnya.
Jika di Malaysia, mungkin Tesla sudah dijual ke China.