BYD bakal tembus pasaran Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Selepas mengumumkan langkah untuk memasuki pasaran Jepun, jenama BYD mengembangkan lagi kehadiran jenama mereka di peringkat global dengan mengumumkan perancangan untuk menembusi pasaran negara jiran, Thailand.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut laporan CarNewsChina, dalam satu sidang media yang diadakan di Bangkok pada 8 Ogos lalu, BYD telah mengumumkan kerjasama dengan Rever Automotive sebagai pengedar dan pengendali khidmat selepas jualan bagi jenama tersebut.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Thailand sudah pun menerima kehadiran beberapa buah jenama automotif yang berminat untuk memasarkan EV di negara itu, ditambah pula dengan polisi kerajaan Thailand yang lebih mesra kenderaan sifar emisi itu.
 

BYD


Kerajaan Thailand menjangkakan 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kereta yang diproduksikan adalah terdiri daripada kenderaan elektrik menjelang tahun 2030.

Dengan jumlah jualan global sekitar 2.3 juta unit, BYD kini telah pun menembusi lebih 70 buah negara dan lebih 400 buah bandar.

Biarpun tidak mengumumkan model mana yang bakal dilancarkan kelak, terdapat kemungkinan besar BYD akan membawa masuk model Dolphin, Atto 3 dan Seal.

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan rasmi Euro NCAP yang diterbitkan pada 29 Oktober 2024, beberapa kelemahan serius…
Berita Global
Menurut laporan South China Morning Post, pembuat EV dari kota Shanghai, Nio telah membina sebanyak…
Berita Domestik
Terdapat rancangan untuk menghasilkan model kenderaan elektrik serta model hibrid yang menggunakan…