Berita itu diumumkan sendiri oleh BYD pada acara Bangkok International Motor Show yang ke-44 baru-baru ini, beserta dengan harga jualan sebuah lagi model EV, BYD Dolphin untuk pasaran tersebut.

Untuk pasaran Thailand, BYD Doplhin dijual pada harga bermula dari 799,999 Baht (RM103,060), di mana ia ditawarkan dalam varian tunggal dilengkapi dengan motor elektrik pacuan roda hadapan berkuasa 94 PS dan 180 Nm, serta jarak gerak sejauh 410 km (data NEDC).
Pada Januari yang lepas, BYD mengumumkan mereka telah menerima tempahan berjumlah 10,300 unit untuk model Atto 3, dan dalam tempoh yang sama mereka telah menghantar 10,000 unit awalan Atto 3 untuk pasaran Thailand.

Minggu lalu, pembinaan kilang BYD di Rayong telah pun bermula dengan keluasan sekitar 96 hektar dan bakal siap menjelang tahun 2024.
BYD menyasarkan angka produksi berjumlah 150,000 unit setahun dari kilang mereka di Thailand.
Populariti BYD semakin meningkat di pasaran tersebut, di mana sepanjang tempoh Januari dan Februari, BYD muncul juara di dalam kategori kenderaan elektrik biarpun mereka hanya mempunyai satu model sahaja (Atto 3) pada ketika itu.

Di Malaysia, BYD telah pun rasmi melancarkan model Atto 3 pada penghujung tahun 2022, dengan harga jualan bermula dari RM149,800.
Sumber: CarNewsChina