BYD dedah trak pikap baharu - inspirasi rekaan F-150, BEV, versi PHEV 489 hp!

oleh Mohamad Hanif|
BYD sangat terkenal dengan barisan kenderaan elektrik yang mampu milik, serta boleh bersaing dengan model-model lain yang popular.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lihat sahaja pada model seperti Atto 3 dan Dolphin yang banyak melata di atas jalan pada ketika ini.
 

BYD


Namun, BYD bakal mempunyai sebuah lagi produk yang dapat bersaing di dalam segmen trak pikap berdasarkan imej paten yang tertiris di internet.

Sekali imbas, rekaan trak pikap BYD ini banyak mengambil inspirasi daripada trak pikap Ford F-150 Lightning dan Ranger.
 

BYD

Jelas ketara ialah rekaan unit lampu hadapan dengan membawakan elemen berbentuk C, serta bar lampu LED yang tebal melintang.

Sama seperti Ranger Raptor, trak pikap BYD ini juga turut mempunyai huruf BYD besar pada bahagian jeriji hadapan.


Selain daripada rekaan kabin berkembar dengan empat pintu, trak BYD ini dipadankan dengan rel bumbung, bar sports pada bed belakang, plastik cladding, serta mempunyai jarak lega bumi yang agak tinggi.

Menurut laporan Car News China, BYD bakal melancarkan trak pikap baharu pada tahun ini dalam versi elektrik bateri (BEV) atau versi plug-in hybrid (PHEV).
 

BYD


Trak PHEV itu dikhabarkan mempunyai enjin 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan dua motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan setinggi 489 hp!

Adakah trak pikap BYD ini mampu memberikan saingan sebenar kepada barisan model trak pikap yang ada di pasaran pada ketika ini?
 

BYD


Sumber: Car News China

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…