BYD Destroyer 05 - sedan PHEV dengan jarak sifar emisi 120 km

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Guangzhou Auto Show tahun lalu, BYD telah memperkenalkan sebuah model sedan plug-in hybrid dengan nama yang cukup ganas, iaitu BYD Destroyer 05.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Destroyer 05 dikatakan merupakan sebahagian daripada penawaran model PHEV BYD yang menggunakan nama-nama kapal perang, dan barisan model elektrik 'Marine Life' yang hanya dijual menerusi jaringan jualan baharu Ocean Net.
 

BYD


Dari segi dimensi, ia membawakan ukuran sepanjang 4,780 mm, lebar  1,837 mm, tinggi 1,495 mm dengan jarak antara roda 2,718 mm, menjadikannya duduk di tengah-tengah antara model sedan seperti Corolla dan juga Camry.

Rekaan luar BYD Destroyer ini tidaklah seganas namanya, namun masih tampil dengan elemen moden seperti unit lampu LED, rekaan gril yang agak besar, serta perkadaran bentuk badan yang lebih aerodinamik.
 

BYD


Sementara ruang kabin pula menempatkan gandingan dua skrin utama, iaitu skrin kluster instrumen digital 8.8 inci dengan skrin tengah 15.6 inci, sementara konsol tengah pula menempatkan tombol penukaran gear, pemilihan mod pemanduan, serta butang-butang fungsi lain.

Sedan Destroyer 05 ini didatangkan dalam dua pilihan trenkuasa, di mana kedua-dua tampil dengan enjin 1.5 liter petrol yang mampu menghasilkan 109 hp yang boleh dipadankan dengan motor elektrik tunggal (kuasa gandingan 177 hp) atau motor elektrik berkembar (kuasa gandingan 194 hp).

Pek bateri pula turut ditawarkan dalam dua kapasiti, di mana anda boleh mendapatkan jarak gerak sifar emisi sejauh 55 km atau 120 km dengan menggunakan tenaga elektrik sahaja.
 

BYD


Harga jualan anggaran BYD Destroyer 05 bermula dari 120,000 yuan (RM78,702).