BYD lancarkan 3 pusat 3S baharu di Lembah Klang

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BYD bersama pengedar rasminya di Malaysia, Sime Darby Motor telah mencatatkan satu lagi kejayaan baru melalui pelancaran tiga pusat 3S baharu di Lembah Klang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terletak secara strategik di Ara Damansara, Glenmarie dan Cheras, pusat 3S tersebut menyasarkan untuk menyediakan akses, kemudahan dan perkhidmatan jualan dan selepas jualan terbaik kepada pelanggan BYD dalam kawasan Lembah Klang.

Bagi pusat 3S BYD di Ara Damansara, ia telah dilancarkan oleh anak syarikat Sime Darby Motors, iaitu Sime Darby Beyond Auto (SDBA).

 

2

 

Menelan belanja sehingga RM11 juta, pusat BYD 3S baharu di Ara Damansara terbina di kawasan binaan kira-kira 19,375 kaki persegi dan dilengkapi dengan kemudahan terkini dan konsep runcit yang mencerminkan identiti jenama BYD.

Kemudahan tersebut merangkumi sejumlah empat ruang kerja dengan kapasiti untuk servis hingga 270 unit kenderaan sebulan, bersama jumlah 48 pekerja yang berkhidmat di kemudahan tersebut.

Pusat 3S kedua, BYD 3S di Glenmarie pula dikendalikan oleh BYD Sisma Auto, dimana ia memiliki kawasan berukuran kira-kira 21,527 kaki persegi.

 

3

 

BYD 3S di Glenmarie mempunyai kapasiti untuk memaparkan sehingga sembilan kenderaan dan kemudahan itu dilengkapi dengan 10 ruang kerja servis.

Akhir sekali, BYD 3S di Cheras pula dikendalikan oleh Millenium Autobeyond, dimana ia memiliki keluasan kira-kira 21,323 kaki persegi dan kapasiti untuk mempamerkan sehingga empat kereta serta dilengkapi dengan lima ruang kerja servis.

Bagi meningkatkan kualiti terhadap kepuasaan pelanggan, kesemua pusat 3S BYD akan dilengkapi pelbagai kemudahan sepeti ruang istirahat yang selesa, perkhidmatan WiFi percuma, ruang pengecasan, serta hidangan kopi dan snek tanpa had.

 

4

 

Pada akhir tahun 2023, SDBA dijangka akan terus meluaskan rangkaian pengedarnya di seluruh negara bagi memenuhi permintaan dan keperluan pengguna yang semakin meningkat terutamanya di wilayah utara dan selatan Malaysia.

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan, berikut merupakan maklumat bagi tiga pusat 3S BYD di sekitar Lembah Klang:

BYD Ara Damansara

  • Block 1, Sime Darby Motors City, 6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
  • 1300-38-1888

BYD Sisma Auto

  • 19, Jalan Perintis U1/52, Section U1 Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor
  • 03-5569 2260

Millenium Autobeyond

  • No 691, Batu 5, Jln Cheras, Taman Mutiara Barat, 56100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • 03-9133 7228

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…
Berita Global
Dengan pasaran EV yang berkembang pesat, pembuat EV dari Amerika Syarikat itu kini menghadapi…