Armada Laut BYD
Dalam tempoh kurang dua tahun, BYD berjaya melengkapkan keseluruhan armada lautnya yang terdiri daripada:
-
BYD Explorer No.1
-
BYD Hefei
-
BYD Changzhou
-
BYD Shenzhen
-
BYD Xi’an
-
BYD Changsha
-
BYD Zhengzhou
-
BYD Jinan
Setiap kapal mempunyai kapasiti antara 7,200 hingga 9,000 kereta. Contohnya, BYD Hefei kini sedang memunggah kenderaan di Eropah, sementara BYD Xi’an dijangka tiba di Barcelona dalam minggu ini.
Bukan Lagi Terhad Kepada China
Menariknya, eksport BYD kini bukan hanya dari kilang di China. Buat pertama kali, BYD Zhengzhou dengan kapasiti 7,000 kenderaan menghantar kereta pemanduan sebelah kanan (RHD) dari kilang BYD di Thailand terus ke UK, sebelum menuju ke Belgium. Keuntungan besar bagi strategi ini adalah Thailand tidak dikenakan tarif tambahan 17% yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap kereta elektrik buatan China, selain cukai sedia ada 10%.
Selain itu, BYD turut mengembangkan operasi global dengan:
-
Kilang di Brazil (Seagull hatchback pertama telah siap Julai 2025)
-
Kilang pemasangan di Uzbekistan (beroperasi sejak Jun 2024)
-
Kilang di Hungary (Szeged, dijadual operasi penuh 2026)
-
Projek kilang EV di Pakistan (operasi bermula 2026)
Kebanyakan kilang luar negara ini menggunakan sistem knock-down kit (KD), iaitu kenderaan dibawa masuk sebagai komponen dari China untuk dipasang di lokasi. Namun, BYD menegaskan mereka mahu meningkatkan kadar lokalisasi pengeluaran.
Jualan Luar Negara Jadi Penyelamat
Di pasaran domestik, BYD berdepan penurunan jualan dengan kejatuhan sebanyak 22% pada Ogos lalu (284,005 unit). Namun, jualan luar negara melonjak 157% kepada 80,813 unit, sekali gus menampan kejatuhan pasaran China.
Bagi 2025, BYD mensasarkan 20% daripada jualannya datang dari pasaran luar China, dengan sasaran 1 juta unit. Dari Januari hingga September tahun ini sahaja, BYD sudah pun mencatatkan 697,072 unit jualan luar negara menghampiri sasaran tahunan.
Sumber: CarNewsChina