BYD mahu 8 kapal RORO untuk hantar kenderaan ke seluruh dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
BYD, syarikat kenderaan elektrik (EV) terbesar China mahu meningkatkan jumlah kapal penghantar kenderaan roll-on/roll-off (RORO) mereka kepada lapan buah dalam tempoh dua tahun akan datang.

Cadangan ini ialah untuk meluaskan lagi pegangan BYD kepada pasaran EV global dan mempercepatkan penghantaran ke negara-negara luar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Januari lalu, sebuah kapal RORO milik BYD, Explorer No. 1, telah menghantar kenderaan-kenderaan ke Eropah dari pelabuhan di Shenzen.

Kapal itu mempunyai kapasiti 7,000 kenderaan dan ia bercadang untuk membina dua lagi kapal yang sama di Guangzhou.

Satu lagi sebab kenapa BYD mahu melabur dalam pemilikan kapal RORO ialah peningkatan kos penghantaran kenderaan melalui jalan laut. Penggunaan kapal sendiri akan menurunkan kos tersebut.

China menjadi pengeksport kenderaan terbesar dunia selepas memintas Jepun. Tahun lalu, China mengeksport sejumlah 4.9 juta kenderaan, peningkatan sebanyak 58 peratus berbanding tahun 2022.

Namun begitu, kapasiti penghantaran China masih jauh di bawah negara-negara lain. 

Buat masa sekarang, China memiliki 40 buah kapal RORO dengan kapasiti sebanyak 110,000 unit kenderaan, masih jauh berbanding dengan Jepun yang mempunyai fasiliti kapal laut untuk mengeksport 1.6 juta unit.

Berita lanjut di Nikkei Asia.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…