BYD pegang paten teknologi 16 kali lebih banyak berbanding Tesla

oleh Mohamad Hanif|
Gergasi EV China, BYD kini mempunyai paten teknologi 16 kali jauh lebih banyak jika dibandingkan dengan peneraju industri EV Tesla untuk tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Nikkei Asia, Tesla telah memohon sebanyak 836 paten teknologi untuk tempoh 2003 hingga 2022.

Untuk tempoh yang sama, BYD telah memohon lebih daripada 13,000 pendaftaran paten, di mana separuh daripada pendaftaran tersebut adalah berkaitan dengan teknologi bateri.

Syarikat yang berpengkalan di Shenzhen itu menghasilkan bateri EV secara dalaman untuk mengurangkan kos produksi, dan menggunakan kerangka kerja undang-undang yang sah untuk melindungi teknologi bateri mereka.
 

EV


Ini kerana di China, terdapat lebih daripada 10,000 saman paten yang timbul sepanjang tahun, berbanding 3,000-4,000 di Amerika Syarikat dan sekitar 100 di Jepun.

BYD mempunyai kelebihan dari segi teknologi bateri lithium iron phosphate yang lebih murah, berbanding pengeluar Jepun dan Korea Selatan yang lebih menggemari bateri lithium ternary yang menggunakan bahan nikel dan kobalt yang lebih mahal.

Sejak tahun 2000, Toyota Motor telah mencatatkan pendaftaran paten berkaitan bateri berjumlah 20,000, jauh melebihi mana-mana pengeluar di dalam dunia.

Antara cabaran yang dihadapi ialah bagaimana Toyota mahu menterjemahkan segala kemajuan teknologi ini dalam pengkomersialan kenderaan elektrik.

Sumber: Nikkei Asia