BYD pratonton 2 model EV baru, harga mungkin bermula di bawah RM100 ribu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Semalam bertempat di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur, BYD bersama pengedar rasminya Sime Darby Motors telah melancarkan EV sulung mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Atto 3. SUV elektrik itu bakal berada sebaris dengan saingan terdekatnya, Hyundai Kona dan Ora Good Cat.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Selepas pelancaran Atto 3 pada acara itu, BYD telah membuat pratonton untuk 2 model baru EV mereka yang bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada suku keempat 2023.

Model pertama ialah sebuah EV segmen sedan, BYD Seal. Untuk pasaran China, Seal ditawarkan dengan 4 varian, iaitu varian RWD Elite dan Premium dipadankan dengan bateri 61.4 kWj bersama motor tunggal menghasilkan kuasa 201 HP memberikan jarak gerak sehingga 550 km.

 

Seal

 

Varian RWD Long Range pula dipadankan dengan bateri 82.5 kWj bersama motor yang menghasilkan 308 HP memberikan jarak gerak sehingga 700 km.

Manakala varian tertinggi, AWD Long Range Performance turut didatangkan dengan bateri 82.5 kWj tetapi dipadankan dengan 2 motor elektrik yang menghasilkan 523 HP memberikan jarak gerak sehingga 650 km.

 

Dolphin

 

Model kedua yang ditunjukkan pada acara itu ialah sebuah SUV mini, BYD Dolphin. Untuk pasaran China, Dolphin didatangkan dengan varian bateri 44.9 kWj bersama motor tunggal yang menghasilkan 174 HP dan 290 Nm memberikan jarak gerak sehingga 401 km.

Ia turut ditawarkan dengan varian bateri 44.9 kWj yang sama tetapi dengan kuasa motor lebih rendah, menghasilkan 94 HP dan 180 Nm memberikan jarak gerak 310 km.

 

Dolphin

 

Harga bagi BYD Seal untuk pasaran China bermula RM210 ribu dan BYD Dolphin RM60 ribu.

Jika Harga rasmi Dolphin untuk pasaran Malaysia kekal di bawah RM100 ribu, mungkin ramai pengguna akan mempertimbangkan untuk berubah ke arah EV.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Otodriver, BMW kini menyaman BYD di Indonesia atas penggunaan nama tersebut, dengan…
Pelancaran
Hadir dengan tanda harga kompetitif dalam segmennya, Denza D9 ditawarkan dengan dua varian iaitu…
Berita Global
  Jika berkenan dengan gaya Atto 3 tetapi mahukan model lebih kecil BYD menawarkan Yuan Up yang …