China juga merupakan pasaran jualan paling besar untuk Volkswagen, dimana lebih 50% jualan mereka disumbang oleh pasaran di China.
Beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah menyaksikan kebangkitan dan kemunculan syarikat-syarikat dari China yang telah merancakkan lagi pasaran automotif dengan kemunculan produk baharu, terutama sekali kereta elektrik atau EV.
Menurut laporan dari Wall Street Journal, BYD dilaporkan sedang berbincang dengan jenama gergasi dari US iaitu Ford, berkenaan pembelian kilang pembuatannya di Saarlouis, Jerman.
Peralihan ke arah EV sememangnya dilihat semakin berkembang pesat di seluruh dunia, terutamanya pasaran di Eropah dan Jerman.
Pada bulan Disember 2022, pasaran Jerman mencatatkan 33% jualan kereta elektrik daripada jualan keseluruhan kereta baharu.
Pengurusan Ford Jerman dikatakan akan ke China untuk membincangkan tentang penjualan kilangnya di Jerman, kilang tersebut memfokuskan pemasangan model kompak berenjin petrol, dan bakal dihentikan operasi pada tahun 2025.
Untuk pasaran Malaysia, Sime Darby Motors yang merupakan pengedar rasmi BYD telah memperkenalkan model pertama mereka untuk pasaran tempatan pada bulan Disember 2022 iaitu Atto 3
Harga bagi model Atto 3 bermula dari RM149,800 untuk varian Standard Range dengan jarak gerak 410 km, dan RM167,800 untuk varian Extended Range dengan jarak gerak 480 km.
BYD juga bakal memperkenalkan beberapa lagi model baharu untuk pasaran tempatan tahun ini, dan dijangka bakal memperkenalkan EV pertama dengan harga bermula dibawah RM100 ribu.
Baca: BYD Atto 3
Baca: BYD Seal dan Dolphin