BYD rasmi buka bilik pameran di Ipoh & IOI City Mall Putrajaya

oleh Penyumbang Rencana 2|
BYD Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan perasmian bilik pameran di IOI City Mall Putrajaya yang berkonsepkan pusat beli belah pertama di Lembah Klang dan turut merasmikan pembukaan cawangan Baharu yang ke-14 di Ipoh, Perak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan kerjasama Sime Darby Motors dan pengedar tempatan, Millenium Autobeyond, bilik pameran BYD baharu ini memperkenalkan cara baharu untuk pelanggan Putrajaya dan Lembah Klang berinteraksi dengan kenderaan elektrik (EV) BYD.
 

IOI


Bilik pameran 1S berkonsepkan pusat beli-belah ini mentakrifkan semula pengalaman membeli-belah dengan BYD, mempunyai ruang seluas 1,299 kaki persegi di BYD IOI City Mall Putrajaya, dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
  
Beroperasi sebagai pusat 1S, ia mempamerkan model pasaran terkini, menawarkan pengalaman unik dan mudah kepada pembeli dengan BYD. Tambahan, bilik pameran baharu itu turut menampilkan ruang penghantaran konsep luar pertama jenama itu untuk pelanggan mereka.
 

Ipoh


Para pelanggan yang berada di Perak juga boleh berkunjung ke pusat pameran ke-14 BYD Malaysia yang bertempat di Ipoh, Perak.

Bilik pameran 2S di Ipoh, Perak tersebut dikendalikan oleh pengedar tempatan Goh Brothers Group hasil kerjasama dengan Sime Darby Motors.
 
Bilik pameran dua tingkat dan berkeluasan 4,000 kaki persegi menawarkan peluang kepada penduduk tempatan untuk merasai sendiri rangkaian EV terbaru BYD dengan mudah.
 

Ipoh


Bilik pameran dan pusat servis BYD Ipoh menyediakan pelanggan perkhidmatan interim 2S yang komprehensif, menawarkan pengalaman jualan holistik dan sokongan selepas jualan yang cekap.
 
Pelanggan boleh merasakan perkhidmatan berkualiti yang luar biasa di bilik pameran dengan enam tempat letak kereta khusus pelanggan, dua pengecas komersial dan ruang istirahat pelanggan untuk dinikmati sementara menunggu kereta diservis.
  
Bilik pameran beroperasi dari Isnin hingga Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dan waktu operasi untuk hari Ahad dan cuti umum bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang.
 

IOI


Manakala pusat servis yang bertempat di Lot 3439N, Jalan Marmar, Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dan tutup pada hari Ahad dan cuti umum sahaja.

Sehingga kini, BYD mempunyai sejumlah 14 bilik pameran di seluruh Malaysia dengan enam lagi bilik pameran yang dirancang untuk dibuka tidak lama lagi. Pelanggan boleh melihat model BYD yang dilancarkan iaitu BYD Atto 3 dan BYD Dolphin di bilik pameran terdekat di seluruh negara.
 

BYD @ IOI City Mall, Putrajaya

 

BYD @ IPOH

 

Penulis: Firdaus Razani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…