BYD sah masuk pasaran Malaysia, Sime Darby Motors sebagai pengedar rasmi

oleh Mohamad Hanif|
Jenama kenderaan elektrik BYD dilapor akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmi menerusi pengedar rasminya Sime Darby Motors Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjanjian Pengedaran tersebut ditandatangani oleh Pengarah Urusan Pengedaran dan Runcit Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan; Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd dan PT BYD MOTOR INDONESIA, Eagle Zhao bertempat di Sime Darby Motors City Ara Damansara.

Turut hadir dalam upacara tersebut adalah Andrew Basham selaku Pengarah Urusan Sime Darby Motors dan Liu Xueliang, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto BYD Asia Pasific.

Sementara itu, laporan rakan media Paultan menyebut dua buah model BYD telah disahkan bakal masuk pasaran Malaysia, iaitu Atto 3 dan e6.

BYD Atto 3 merupakan sebuah crossover EV yang menampilkan motor elektrik pacuan roda depan berkuasa 201 hp dan 310 Nm, dipadankan dengan dua pilihan pek bateri Blade, satu dengan kapasiti 49.92 kWH dengan jarak gerak 345 km, dan pek 60.48 kWh dengan jarak gerak 420 km (data WLTP).
 

B


BYD e6 pula merupakan sebuah MPV elektrik generasi kedua dengan motor elektrik 94 hp/180 Nm, pek bateri 71.7 kWh, jarak gerak sehingga 522 km, serta turut menyokong pengecasan pantas DC 60 kW dengan tempoh pengecasan 1.5 jam.

Menurut Andrew Basham, "selari dengan komitmen kami untuk menggalakkan penggunaan EV di kalangan rakyat Malaysia, kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran BYD ke dalam barisan jenama berkelas dunia kami yang membolehkan kami berterusan mengembangkan bilangan model EV.

"BYD merupakan pengeluar kenderaan tenaga baharu terkemuka di dunia dan menerusi kerjasama ini mampu membawakan kepakaran BYD untuk pasaran Malaysia dengan pelbagai model EV.  

"Kolaborasi dengan BYD merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Sime Darby Motors ke arah menjadi peneraju EV. Ia juga sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia ke arah mobiliti rendah karbon.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…