BYD sasar jual 30,000 EV setahun di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menembusi pasaran Jepun yang lebih 90 peratus pegangan didominasi oleh jenama domestik mungkin satu misi yang mustahil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, BYD dilapor mahu menguasai peratusan kecil di dalam pasaran kereta penumpang keempat terbesar di dunia itu.

Bukan itu sahaja, pengasasnya Wang Chuanfu dalam satu sidang pengedar mendedahkan sasaran jualan tahunan sebanyak 30,000 unit EV, selain mewujudkan jaringan 100 buah pengedar di seluruh Jepun menjelang 2025.

Menurut laporan Nikkei Asia, untuk mencapai sasaran tersebut, setiap pengedar BYD perlu menjual sekurang-kurangnya 300 unit kereta setahun, melebihi jumlah purata 200 unit kenderaan yang dijual di setiap pengedar di negara Matahari Terbit itu.
 

BYD


Setakat ini, BYD telah pun memulakan proses mewujudkan jaringan pengedar di lebih 50 buah lokasi di Jepun.

BYD Dolphin yang mula dijual September lalu memiliki tanda harga bermula dari 3.63 juta yen (RM118,198), jauh lebih murah berbanding Nissan LEAF dan dalam masa yang sama menawarkan pelbagai teknologi termaju.

Menariknya, strategi BYD adalah untuk mengambil apa yang dipelajari di pasaran Jepun, dan menggunakannya untuk pasaran Asia dan dunia.

Menurut Takeshi Miyao, CEO firma kajian industri Carnorama Japan menyebut, "sekiranya mereka berjaya menjual kenderaan di Jepun, sebuah pasaran automotif yang maju, mereka akan mendapat sokongan di seluruh dunia.

Miyao turut menyifatkan Jepun sebagai pintu gerbang untuk kejayaan.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…