BYD Seal 06 DM-i Wagon Tiba di China, Jarak 2,000 km, Harga Bermula RM72k!

oleh Qalif Latif|
Segmen wagon plug-in hybrid nampaknya kembali menarik perhatian, kali ini melalui model terbaharu dari BYD Seal 06 DM-i Wagon yang baru sahaja dilancarkan di China. Model ini bukan sahaja menawarkan jarak pemanduan campuran mencecah 2,000 km, malah tampil dengan rekaan elegan, ciri praktikal untuk keluarga, dan paling penting harga mampu milik sekitar RM72,000 sahaja.

Bukan Sekadar Wagon Biasa

Walaupun station wagon bukanlah pilihan popular di China berbanding SUV, segmen ini mula mendapat tempat kembali sejak kebangkitan kenderaan tenaga baharu (NEV).

BYD Seal Wagon

BYD Seal 06 DM-i Wagon hadir dengan rekaan badan bergaya “Marine Aesthetics” menampilkan garisan aerodinamik, lampu utama LED tirus, gril trapezoid songsang, serta pemegang pintu tersembunyi. Dimensi luarannya ialah 4,850 mm panjang, 1,890 mm lebar, dan 1,505 mm tinggi dengan jarak roda 2,790 mm. Pekali seretan juga sangat rendah, iaitu 0.284 Cd, menjadikan ia lebih jimat dan senyap pada kelajuan tinggi.

Luas, Praktikal, dan Siap Ada Peti Sejuk!

Ruang kargo belakang model ini mencecah 670 liter, dan boleh diperluas hingga 1,535 liter apabila tempat duduk belakang dilipat rata. Bukan itu sahaja, wagon ini turut dilengkapi peti sejuk terbina dalam yang boleh memanaskan, serta menyokong fungsi V2L (Vehicle-to-Load) menjadikannya seperti power bank gergasi ketika berkelah atau berkhemah.

BYD Seal Wagon

Dua Pilihan Trenkuasa PHEV

BYD Seal 06 DM-i Wagon menggunakan sistem plug-in hybrid generasi kelima dari BYD dan hadir dalam dua varian utama:

  1. Varian entry-level

    • Enjin 1.5L NA (99 hp)

    • Motor elektrik 120 kW (161 hp)

    • Bateri LFP 10.08 kWh (EV range 80 km)

    • 0-100 km/j dalam 8.7 saat

    • Penggunaan bahan api hanya 3.15 L/100 km

  2. Varian 215hp

    • Motor elektrik lebih berkuasa 160 kW (215 hp)

    • Bateri lebih besar 18.71 kWh (EV range 150 km)

    • 0-100 km/j dalam 7.7 saat

    • Pengecasan 30% ke 80% dalam masa 25 minit sahaja

    • Penggunaan bahan api sekitar 4.25 L/100 km disebabkan berat tambahan

Kedua-dua varian menggunakan tangki bahan api 65 liter, yang menyumbang kepada jarak kombinasi sehingga 2,000 km, sangat sesuai untuk perjalanan jarak jauh tanpa risaukan pengecasan kerap.

BYD Seal Wagon

Teknologi dan Ciri Dalaman

Standard untuk semua varian termasuk:

  • Paparan tengah 12.8-inci

  • Kluster meter LCD 8.8-inci

  • 6 pembesar suara

  • 6 beg udara

  • Lampu LED penuh

  • Kerusi depan dengan pemanas dan ventilasi

  • Sistem bantuan pemandu DiPilot 100 yang lengkap dengan 12 kamera, 5 radar gelombang mm dan 12 radar ultrasonik

Varian tertinggi pula menerima:

  • Skrin tengah lebih besar 15.6-inci

  • 8 pembesar suara

  • 7 beg udara

  • Sistem suspensi pintar DiSus-C damping untuk keselesaan optimum

Harga Rasmi Di China (Anggaran RM)

  • BYD Seal 06 DM-i Wagon 80km Noble – 109,800 yuan (~RM72,000)

  • BYD Seal 06 DM-i Wagon 150km Exclusive – 119,800 yuan (~RM78,000)

  • BYD Seal 06 DM-i Wagon 150km Flagship – 129,800 yuan (~RM85,000)

BYD Seal WagonBakal Masuk Pasaran Global?

Menurut sumber industri di China, BYD berhasrat untuk memperkenalkan model ini ke pasaran Eropah dan tidak mustahil jika BYD Seal 06 DM-i Wagon turut dipertimbangkan untuk pasaran Malaysia satu hari nanti, memandangkan sambutan terhadap model seperti Dolphin dan Seal sedan sebelum ini agak memberangsangkan.

BYD Seal 06 DM-i Wagon bukan sahaja menarik dari segi spesifikasi, tetapi juga mampu menawarkan pakej lengkap untuk kegunaan harian, perjalanan jauh mahupun aktiviti riadah keluarga.