BYD Seal 06 EV Dilancarkan di China – Harga Bermula Sekitar RM72,500.00

oleh Qalif Latif|
BYD secara rasmi melancarkan sedan elektrik baharu mereka, BYD Seal 06 EV, di pasaran China dengan harga permulaan 109,800 yuan (~RM72,500) atau sekitar USD15,270. Model ini merupakan versi elektrik penuh kepada BYD Seal 06 DM-i, varian plug-in hybrid yang diperkenalkan pada Mei 2024 dan telah mencatatkan jualan kumulatif sebanyak 251,886 unit. Dengan pelancaran versi EV ini, BYD menyasarkan untuk melonjakkan lagi momentum model tersebut di pasaran.

BYD

BYD Seal 06 EV dibina atas platform e-Platform 3.0 Evo, iaitu asas kepada kebanyakan model elektrik moden keluaran BYD. Dari segi penampilan, model ini menampilkan wajah hadapan tertutup tanpa gril, lampu utama tirus dan corong udara bentuk trapezoid. Gaya sisi pula menonjolkan pemegang pintu rata, garisan bumbung aerodinamik dan lampu belakang jenis bar tunggal.

Seal

Dari segi dimensi, Seal 06 EV berukuran 4,720 mm panjang, 1,880 mm lebar dan 1,495 mm tinggi, dengan jarak roda 2,820 mm, 30 mm lebih panjang berbanding varian DM-i. Jarak roda yang lebih panjang ini dijangka menyumbang kepada ruang dalaman yang lebih lapang dan selesa.

Seal

Bahagian kabin direka seiring dengan model-model BYD lain. Ia dilengkapi skrin tengah 15.6 inci boleh putar, panel instrumen LCD bersaiz kecil dan sistem infotainmen DiLink 100. Gear shifter diletakkan di belakang stereng tiga jejari, lengkap dengan tulisan BYD. Konsol tengah menawarkan dua pad pengecas tanpa wayar dan sepasang pemegang cawan. Model ini juga menyediakan ruang storan hadapan (frunk) sebesar 65 liter dan 24 ruang simpanan di dalam kabin, manakala but belakang pula berkapasiti 423 liter.

BYD

Dari segi keselamatan dan teknologi pemanduan, Seal 06 EV menggunakan sistem bantuan pemandu DiPilot 100 (God’s Eye C). Ia menyokong fungsi Navigate On Autopilot (NOA) di lebuh raya, serta sistem parkir automatik. Fungsi Autonomous Emergency Braking (AEB) pula mampu memberhentikan kenderaan dari kelajuan 80 km/j jika berlaku kecemasan. Sistem ini juga boleh memberi amaran risiko pelanggaran sisi.

BYD menawarkan dua varian trenkuasa untuk Seal 06 EV:

  • Varian asas menggunakan motor elektrik 110 kW (148 hp) di gandar belakang dengan bateri LFP 46.08 kWh. Ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 470 km (CLTC).

  • Varian kedua pula menggunakan motor 160 kW (215 hp) dengan bateri LFP 56.6 kWh. Ia mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 545 km (CLTC).

Kelajuan maksimum model ini dihadkan kepada 160 km/j dan baterinya menyokong pengecasan pantas dari 30% ke 80% dalam masa hanya 24 minit.

Dari segi casis, ia menggunakan sistem suspensi bebas lima pautan di belakang dan McPherson di hadapan. Struktur badan menggunakan 74% keluli tegangan tinggi, dengan sembilan beg udara disediakan untuk perlindungan penumpang.

Harga jualan rasmi untuk BYD Seal 06 EV di China bermula dari 109,800 yuan hingga 129,800 yuan, bersamaan kira-kira RM 72,500 hingga RM 85,700, bergantung kepada varian. Sebagai perbandingan, versi Seal 06 DM-i (plug-in hybrid) dijual pada harga antara 99,800–139,800 yuan (sekitar RM 65,900-RM 92,300).

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan laporan CarNewsChina, BYD merekodkan jualan 414,784 kenderaan penumpang pada Disember…
Berita Global
Tiada sebarang rancangan atau persiapan Menurut laporan Electrek, khabar angin tersebut mendakwa…
Berita Global
Minyak enjin ini dibangunkan bagi menangani cabaran pelinciran unik yang dihadapi enjin PHEV, yang…