
Model ini menjadi kenderaan pertama BYD yang dinilai secara rasmi oleh ASEAN NCAP dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam semua aspek keselamatan, termasuk perlindungan penumpang dewasa, kanak-kanak, bantuan keselamatan aktif serta keselamatan penunggang motosikal.
BYD Seal turut dilengkapi dengan 9 beg udara, sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem brek anti-kunci (ABS), serta teknologi bantuan pemandu lanjutan seperti Autonomous Emergency Braking (AEB) untuk bandar dan lebuh raya, Lane Departure Warning (LDW), Forward Collision Warning (FCW), Lane Keep Assist (LKA), dan Blind Spot Detection (BSD) di kedua-dua sisi kenderaan.
Skor Penilaian ASEAN NCAP (2021–2025)
Adult Occupant Protection (AOP): 38.44 mata
Child Occupant Protection (COP): 16.60 mata
Safety Assist (SA): 19.52 mata
Motorcyclist Safety (MS): 17.50 mata
Jumlah keseluruhan: 92.07 mata
Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP)
Dalam ujian hentaman hadapan dan sisi, struktur kabin BYD Seal kekal stabil. Data menunjukkan perlindungan yang baik terhadap dada penumpang hadapan, kaki kanan pemandu serta bahagian kepala. Tiada sebarang kelemahan ketara dikesan dalam ujian tambahan teknologi perlindungan kepala (Head Protection Technology – HPT). Skor keseluruhan untuk kategori ini ialah 30.75 mata, dengan 14.75 mata daripada ujian hentaman hadapan, 8 mata daripada ujian hentaman sisi, dan 8 mata lagi daripada teknologi HPT.

Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP)
BYD Seal turut mencatat prestasi baik dalam penilaian perlindungan kanak-kanak dengan skor 42.33 mata. Dalam ujian dinamik, kedua-dua dummy kanak-kanak berumur 18 bulan dan 3 tahun menunjukkan tahap perlindungan tinggi terhadap hentaman depan dan sisi. Model ini turut dilengkapi sistem ISOFIX dan sokongan kaki (support leg) yang membolehkan pelbagai jenis kerusi keselamatan kanak-kanak dipasang dengan mudah dan selamat.

Sistem Bantuan Keselamatan (Safety Assist)
Untuk aspek bantuan keselamatan, BYD Seal meraih 20.50 mata hasil daripada pelbagai sistem yang hadir standard pada semua varian. Ini termasuk ABS, ESC, peringatan tali pinggang keledar untuk semua tempat duduk, Autonomous Emergency Braking (AEB) untuk bandar, luar bandar dan pejalan kaki, serta teknologi amaran pelanggaran dan kekal lorong.

Keselamatan Penunggang Motosikal (Motorcyclist Safety)
Dalam kategori ini, Seal mencatatkan 14.00 mata hasil daripada sistem Blind Spot Detection (BSD) yang berfungsi di kedua-dua sisi kenderaan, lampu tinggi automatik (Auto High Beam), dan fungsi AEB khusus untuk mengesan motosikal. ASEAN NCAP mengesahkan sistem tersebut berfungsi dengan baik mengikut keperluan piawaian semasa.
