C40 EV kini rasmi sertai keluarga lima bintang Euro NCAP Volvo Cars

oleh Mohamad Hanif|
Volvo mengumumkan crossover elektrik penuh C40 Recharge kini menerima penarafan tertinggi lima bintang dalam ujian keselamatan kenderaan baharu Euro ENCAP 2022.

Ini sekaligus meletakkan Volvo C40 Recharge sebagai salah satu model kereta yang paling selamat di atas jalan raya pada ketika ini.

Malah, ia juga turut meletakkan Volvo C40 Recharge sebaris dengan keluarga Volvo di mana kesemuanya turut mendapat penarafan lima bintang di dalam ujian Euro NCAP.

Volvo C40 Recharge memperoleh skor cemerlang di dalam aspek keselamatan penumpang dan sistem bantuan pemandu yang dikatakan mampu membantu mengesan dan mengelak pelanggan, mengekalkan pemanduan di atas jalan raya, serta mengurangkan impak pelanggaran apabila terkeluar daripada jalan.
 

Volvo C40


Menurut Malin Ekholm, ketua di Volvo Cars Safety Centre berkata, "Kami sentiasa berazam untuk menjadi peneraju di dalam aspek keselamatan, ini bermakna kami perlu mematuhi standard keselamatan yang ketat pada setiap kenderaan kami.

Dilancarkan pada tahun 2021, C40 Recharge merupakan versi SUV coupe kepada model XC40 Recharge, dan model kedua EV yang dilancarkan oleh Volvo untuk pasaran global.

Volvo Cars merupakan pengeluar automotif pertama yang memberikan komitmen untuk langkah elektrifikasi dan berazam untuk menjual kenderaan elektrik sahaja menjelang tahun 2030.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, Volvo kini mempunyai 13 buah model yang berjaya memperoleh skor tertinggi Top Safety…
Berita Global
Syarikat operator teksi terbesar di Sweden, Cabonline akan menerima beberapa unit Volvo XC40…
Berita Global
Volvo C40 Recharge ini didatangkan dengan motor elektrik tunggal yang memacu roda hadapan,…