CAAM - Tiada penutupan ruang udara, lapangan terbang susulan letusan Gunung Ruang

oleh Penyumbang Rencana|
Tiada penutupan ruang udara atau lapangan terbang di negara ini setakat ini, susulan letusan semula Gunung Ruang di Indonesia sebanyak tiga kali pada Selasa, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Bagaimamapun beliau berkata, ketinggian penerbangan telah dihadkan kepada 35,000 kaki memandangkan kepulan asap akibat letupan itu berada pada ketinggian antara 45,000 kaki ke 63,000 kaki dan penampan 10,000 kaki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sekatan tahap penerbangan ke tahap penerbangan (FL) 35,000 (kaki) dan ke bawah di kawasan poligon. "Tiada abu gunung berapi dilaporkan dan operasi keluar dan masuk dari Kuala Lumpur diteruskan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Norazman berkata, CAAM memantau ketat situasi itu bagi memastikan keselamatan aktiviti penerbangan.

Dilaporkan Gunung Ruang meletus tiga kali semalam dan memuntahkan lahar serta menghamburkan abu lebih lima kilometer ke udara.

 

- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penerbitan EAD oleh EASA adalah ekoran kemalangan maut membabitkan pesawat…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Kapten Norazman Mahmud, insiden melibatkan pesawat…
Informasi
Katanya, tindakan semakan membabitkan Peraturan 147, Peraturan Penerbangan Awam (CAR) 2016 itu…