Cabaran itu dianjurkan sempena pelancaran bahan api gred utama baharui, membolehkan rakyat Malaysia menguji dan membuktikan bahawa New + Improved Shell FuelSave 95 memberikan pengguna sehingga 15 kilometer lebih jauh dengan setiap tangki penuh.
Jeffrey Tan Teck Seng (62), dari Subang Jaya, Selangor dan Lai Siaw Feng (37), dari Kuching, Sarawak merangkul gelaran juara sebagai pemandu paling cekap dalam mereka wilayah masing-masing.
Kedua-dua pemenang telah menempah tempat mereka di Grand Finale untuk cabaran pemanduan peringkat kebangsaan bersama pemenang serantau yang lain.
Cabaran tersebut bermula dengan proses pengambilan pemandu yang berlaku dalam wilayah yang mengumpulkan lebih 550 jumlah pemohon.
Permulaan untuk wilayah Tengah berlangsung bertempat di Shell SM Alisha, Shah Alam, seterusnya melalui Lebuhraya Persekutuan -Lebuhraya Elit - Nilai - L’raya Utara Selatan - Lebuhraya Kesas - Lebuhraya LDP dan kembali ke flag-off point.
Di Malaysia Timur, cabaran bermula dari Shell Jalan Tun Jugah, seterusnya melalui Jalan Datuk Bdr Mustapha - Jalan Kuching/Bau - Jalan Batu Kawa dan kembali ke titik permulaan, merentasi pelbagai jenis jalan raya.
Jeffrey Tan dan Lai Siaw Feng memperoleh perbatuan bahan api terbaik, iaitu 26.61 KM/L dan 25.45 KM/L di wilayah masing-masing di mana keduanya memenangi hadiah wang tunai RM5,000.
Kemenangan di wilayah tengah diikuti oleh Evelyn Lim Xin Yi (26.30 KM/L), Lim Ming Kiat (25.93 KM/L), Mohammad Raffi Bin Suradi, (25.49 KM/L), dan Mohd Amirul Nadli Bin Md Azmi (23.62 KM/L).
Sementara itu, Tan Hui Choo (23.33 KM/L), Liew Wen Ching (21.38 KM/L), Mohd Faisal Bin Abdullah (21.28 KM/L), dan Norfazli Bin Mohd Ishak (20.04 KM/L) memenangi hadiah saguhati bagi wilayah Borneo.
Peserta lain telah menerima hadiah saguhati berbentuk RM500 Baucar Bahan Api + Shell Helix FuelSave 4L.
Jeffrey Tan dan Lai Siaw Feng bakal bersaing dengan pemenang serantau lain di peringkat akhir untuk cabaran pemanduan peringkat kebangsaan bagi merebut gelaran juara sebagai pemandu paling cekap petrol di negara ini, dan berpeluang memenangi RM 20,000.
Selain itu, Chin Li Qin (25.45 KM/L) dari Johor, Muhammad Jazli (22.58 KM/L) dari Ipoh, dan Ahmad Amirul Runass (27.80 KM/L.) dari Kuantan, dinobatkan sebagai pemenang serantau, dan membawa pulang hadiah utama RM5,000.