Cabaran UD Trucks Extra Mile 2022 Temui Pemenangnya

oleh Penyumbang Rencana 2|
UD Trucks Extra Mile Challenge (UDEMC) 2022 telah mengadakan satu pertandingan pemanduan tahunan yang dianjurkan oleh UD Trucks dan rakan pengedar tunggalnya, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mohamad Hanif bin Md Nor telah dinobatkan sebagai juara pemandu trak dari ASAC Logistic Sdn Bhd tahun ini. Beliau berjaya mengalah sembilan peserta akhir yang lain yang diadakan di cawangan TCIE di Ipoh, Perak.
 

UDEM



Pertandingan UD Trucks Extra Mile Challenge (UDEMC) ini dianjurkan berasaskan kepada kemahiran menggunakan teknologi simulasikan tiga kitaran penting dalam industri pengangkutan. 

Pemandu perlu bersaing dengan mengambil bahagian dalam kelas dan ujian amali melibatkan aspek pemeriksaan kenderaan sebelum dipandu, penjimatan bahan api dan pemanduan selamat serta kemahiran mengubah laluan dan parkir.
 

UDEM


Pengarah Urusan UD Trucks Malaysia, Steve Hedouin berkata, “UDEMC bukan sekadar satu pertandingan untuk pemandu trak. Pertandingan yang dimulakan sejak tahun 2016 ini juga dilihat sebagai satu platform untuk membantu meningkatkan hubungan antara kemahiran pemandu dengan realiti perniagaan dengan cara menambah baik kecekapan, pengetahuan dan keupayaan mengendalikan trak tugas berat UD Quester.”

Menurutnya, Visi UD Trucks adalah untuk membina trak dan perkhidmatan yang menawarkan penyelesaian terbaik kepada logistik pintar yang diperlukan oleh dunia pada hari ini. Dengan gabungan pertukangan Jepun, teknologi trak tercanggih dan semangat ‘Gemba’ yang diwarisi dalam falsafah kerja UD. 
 

UDEM


Sebagai pemandu UDEMC terbaik di Malaysia, Mohamad Hanif layak untuk menyertai pertandingan akhir global UD Trucks Extra Mile Challenge. Ia yang akan diadakan Oktober depan di Pusat Pengalaman UD,   Ageo, Jepun bersama finalis-finalis dari pelbagai negara untuk dinobatkan sebagai “UD Trucks’ Ultimate Driver”.

Selain memenangi gelaran juara keseluruhan, Mohamad Hanif juga pemenang kategori “Pemeriksaan Pra-Pemanduan Terbaik”. Dua lagi sub-kategori dalam UDEMC ialah “Kemahiran Pemanduan Terbaik” dimenangi oleh Mohammad Aripuddin bin Dahlan dari Naza Transport Sdn Bhd manakala kategori “Penjimatan Bahan Api Terbaik” dimenangi oleh Simon Joshua A/L Chandra Sakaran dari Syarikat Jasa Selamat Sdn Bhd.

Hanif yang sudah menjadi pemandu trak selama tujuh tahun menunjukkan perasaan gembira dan tidak sabar untuk mewakili Malaysia dalam pusingan akhir global di Jepun. 
 

UDEM


“Inisiatif UD Trucks menyediakan peluang keemasan untuk pemandu seperti kami yang memandu UD Quester sememangnya sangat bagus. Pengalaman ini menggalakkan kami semua untuk menjadi pemandu yang lebih baik dengan memahami lebih mendalam serta komited terhadap aspek keselamatan dan profesionalisme. Saya akan melakukan yang terbaik di Jepun dan berharap dapat membawa pulang kemenangan.”

Pengarah Eksekutif TCIE, Say Teck Ming berkata, “UDEMC memberi fokus kepada membina pemikiran positif dan meningkatkan kemahiran teknikal memandu. Pertandingan ini menggalakkan pemandu untuk berfikir secara lebih komersial dengan menimbangkan aspek-aspek seperti kelajuan, tempoh penghantaran, penjimatan bahan api, keselamatan dan pemanduan yang lancar.

“Ia juga memberi motivasi kepada pemandu dan mempromosikan pemanduan trak sebagai satu kerjaya kerana ia merupakan nadi kepada logistik pintar. Ia juga bertindak sebagai simbol kepada usaha berterusan UD Trucks demi kejayaan para pelanggan kami serta komitmen dalam menyokong segala aspek logistik pintar,” jelas Say.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Dalam laporan Utusan Malaysia, komuniti Orang Asli di Gua Musang telah mengadu permasalahan…
Informasi
    Pada awal rekabentuk kereta hanya mengubah rekabentuk pedati kuda yang diletakkan enjin…