Sejak Februari lalu kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM2.08 untuk semua pengguna walaupun harga minyak global meningkat. Untuk perbandingan, harga petrol RON97 yang diapungkan sudah meningkat naik sejak dari tempoh itu.
Berikut ialah intipati makluman Datuk Seri Saifuddin seperti yang dilaporkan akhbar The Star.
- Terdapat dua pilihan dan kabinet belum membuat keputusan mengenainya lagi
- Kerajaan perlu membuat keputusan sama ada subsidi bersasar kelak akan menggunakan harga siling semasa atau kaedah sistem apungan
- Kementerian merancang untuk menggunakan (data) BSH bagi menentukan pengguna yang layak untuk bantuan (petrol) tersebut dan sedang menunggu maklumat yang dikemaskini oleh sekretariat BSH sebelum boleh diperkenalkan
- Masalah tentang kaedah 'bank-in' ialah sekitar sepuluh peratus individu di dalam pengkalan data tidak mempunyai akaun bank

- Pihak kementerian sedang berbincang dengan beberapa bank bagi membantu golongan tersebut yang kebanyakannya tinggal di kawasan pendalaman untuk membuka akaun bank
- Jika kabinet bersetuju dengan kaedah ini, kerajaan akan segera mengagihkan bantuan tersebut kepada penerima pada penghujung setiap bulan
- Kementerian lebih berminat untuk menggunakan kaedah ini yang pada masa sama turut mempunyai beberapa kaedah lain yang telah dicadangkan
- Jika kaedah ini berjaya, cara yang sama juga akan dipanjangkan unuk subsidi lain pada masa akan datang seperti minyak masak dan tepung
- Penjimatan daripada kaedah pengagihan yang lebih cekap ini membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati subsidi petrol terutama sekali kumpulan M40 (pertengahan 40 peratus). Ini adalah perancangan jangka masa panjang
Dalam satu soalan, Datuk Seri Saifuddin memaklumkan kementerian sedang menunggu pengkalan data BSH dikemaskini yang bakal siap dalam masa terdekat sebelum subsidi dapat diagihkan.
Kementerian mahu memastikan data sahih untuk pengagihan kepada yang layak untuk bantuan dan mereka yang tidak tergolong dibuang daripada data tersebut.
Sebagai rujukan berikut ialah harga senarai harga baharu bahan bakar bermula 20 April 2019:
- RON95 - RM2.08 per liter (kekal)
- RON97 - RM2.80 per liter (naik 12 sen)
- Diesel - RM2.18 per liter (kekal)
- Diesel Euro 5 - RM2.28 per liter (kekal)
Sumber berita asal: The Star
Penulis: Muhammad Md Tajudin