Cadangan mansuhkan cukai jalan walaupun kerajaan bakal rugi pendapatan RM3 billion setahun!

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kerajaan disaran supaya menghapuskan Cukai Jalan bagi meringankan beban rakyat memandangkan sistem cukai kenderaan yang diguna pakai pada ketika ini berkonsepkan ‘cukai atas cukai'.


Ahli Dewan Negara, Muhammad Zahid Md Arip berkata, pada ketika ini pemilik kenderaan berdepan dengan sistem cukai yang berlapis-lapis seperti duti import, cukai eksais, cukai cukai jualan dan perkhidmatan (SST) serta cukai jalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Sudahlah mereka terpaksa membayar cukai yang berganda, rakyat khususnya yang tinggal di Lembah Klang seolah-olah terkepung dan terpaksa menggunakan laluan yang hampir semuanya dikenakan tol pada setiap hari.

 

“Rakyat Keluarga Malaysia tidak boleh terus dibebankan dengan ‘cukai atas cukai’ yang bertimpa-timpa ini dan Bajet 2023 adalah peluang terbaik untuk Perdana Menteri menggembirakan rakyat.

 

“Saya difahamkan ketika ini, konsultasi Bajet 2023 sedang berlangsung, saya berharap kerajaan mempertimbangkan cadangan ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

 

Menurut beliau, cadangan tersebut dilihat memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat dan kerajaan secara keseluruhan.

 

“Saya sedar cadangan ini akan mengakibatkan kerajaan kehilangan pendapatan sekitar RM3 bilion setahun, tetapi ia bukanlah satu jumlah yang terlalu besar berbanding manfaat lebih banyak yang bakal diperoleh rakyat serta kerajaan secara keseluruhannya, apatah lagi ketika gendang pilihan raya umum semakin kuat dipalu ketika ini.

 

 

“Kerajaan sebenarnya boleh melihat dan mempelajari dari United Kingdom (UK) dalam pelaksanaan hal ini, yang mana negara itu sudah menghapuskan cukai jalan sejak 2015 dan hanya mengenakan cukai duti eksais (VED) sahaja untuk pemilik kenderaan.

 

“Bagi menampung kehilangan hasil akibat penghapusan cukai jalan ini pula, kerajaan boleh menimbangkan untuk mengurangkan subsidi minyak dan kaedah ini sebenarnya lebih adil kepada rakyat dan kerajaan, kerana ia bersifat bersasar terus kepada pengguna yang layak khususnya daripada kumpulan B40,” ujarnya.

 

Ujar beliau, rakyat masih lagi belum bangkit daripada kesan ekonomi pasca pandemik Covid-19, terutamanya bagi mereka yang hilang pekerjaan sebelum ini.

 

Tambahnya, kesusahan tersebut dijangka akan bertambah buruk pada tahun depan dan akan menambahkan lagi beban kepada rakyat.

 

“Memburukkan lagi keadaan, dunia juga dijangka berdepan dengan krisis makanan ekoran perubahan iklim yang tidak menentu.

 

“Bibit-bibit kepada masalah itu sudah pun berlaku sekarang dan harga makanan ketika ini melonjak tinggi.

 

“Semua ini membebankan rakyat, tambahan pula nilai ringgit semakin merosot akhir-akhir ini,” jelasnya.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Domestik
Penganalisis dari Badan Pemikir Bait Al-Amanah, Karisma Putera Rahman bercakap kepada Free Malaysia…
Informasi
Menurutnya, selepas perincian dimuktamadkan, ia akan dibentangkan terlebih dahulu kepada Timbalan…