Caj kesesakan bakal dilaksanakan di sebahagian bandar Manhattan

oleh Mohamad Hanif|
Pengguna jalan raya di sekitar bandar Manhattan bakal berdepan dengan pelaksanaan caj kesesakan dalam masa beberapa tahun akan datang.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut laporan, pihak penggubal undang-undang telah pun meluluskan penetapan harga caj kesesakan yang bakal dikenakan pada tahun 2019 lagi, namun ia masih belum dilaksanakan sehinggalah sekarang disebabkan oleh kontroversi politik.

Berkemungkinan besar caj kesesakan itu akan menjadi realiti menjelang lewat tahun 2023 atau seawal tahun 2024.

Dengan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan New York, pengguna perlu membayar caj kesesakan bermula serendah $9 (RM40.40) hinggalah $23 (RM103.24) untuk waktu puncak, sementara kenderaan trak komersial pula dikenakan caj $82 (RM368.06).

Caj tersebut bergantung kepada jenis kenderaan serta hari yang berbeza, di mana kutipan caj itu dijangka menjana pendapatan $1 bilion untuk kegunaan pengangkutan awam setiap tahun, selain diharap mampu mengurangkan kadar trafik dan pencemaran di dalam bandar.

Pihak berkuasa juga dijangka akan melaksanakan caj berbeza untuk golongan seperti orang kurang upaya, kenderaan kecemasan bertauliah, serta kenderaan penumpang bukan komersial.

Pihak MTA dilapor berdepan dengan masalah defisit, disebabkan pandemik coronavirus yang melanda sejak tahun 2020 telah menjejaskan pendapatan dan menurunkan kadar penggunaan pengangkutan awam di bandar tersebut.

Sumber: The New York Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan insideevs, Tesla telah mula melancarkan "yuran kesesakan" dengan kadar USD1 (RM4.67…
Berita Domestik
Untuk mengatasi masalah tersebut, kita sememangnya sudah perlu mula memperkenalkan kaedah bayaran…
Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan mungkin akan…