Pengerusi, Shahid Ahmed berkata, rekod pendakian terpantas yang pertama di jalan berbukit Doi Chang itu dilakukan oleh Natasha Chang, pelumba profesional dari Jamaica yang kini tinggal di Amerika Syarikat.
“Kami telah menggunakan kereta berusia 28 tahun yang diisi bahan api Caltex dengan Techron melalui kawasan berketinggian 1,000 meter dari paras laut sejauh lapan kilometer (km) yang menyaksikan Natasha mencatatkan masa 6 minit 52.69 saat,” kata beliau lagi.
Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah Datuk Hans Isaac, selaku duta Caltex Malaysia; Natasha Chang selaku pemandu perlumbaan profesional serta Pengurus Kejuruteraan Produk Caltex Asia Pasifik, Greg Engeler.
Aksi perlumbaan berkenaan telah mendapat liputan National Geographic menerusi program ‘Record Rides’ turut menampilkan hos televisyen KC Montero yang bersaing dan mencatatkan masa sekitar 7 minit 30 saat.
Melalui penarafan ini, Caltex membuktikan bahawa bahan apinya dengan formulasi aditif Techron membantu melindungi enjin dan mampu mencapai prestasi serta kelancaran pada tahap maksimum.
“Petrol yang kami gunakan ketika mencatat rekod dunia adalah sama seperti yang terdapat di stesen petrol Caltex yang menawarkan Premium 95 dan 97 dengan Techron.
“Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada pengguna untuk merasai pengalaman pemanduan berbeza menggunakan bahan api berkenaan,” katanya.
Chevron Malaysia Limited yang beroperasi 80 tahun di negara ini mengendalikan 420 stesen petrol Caltex di seluruh semenanjung Malaysia.