Caltex, Grab Malaysia hulur bantuan makanan kepada petugas baris hadapan sepanjang tempoh PKP

oleh Mohamad Hanif|
Chevron Malaysia Limited yang memasarkan jenama Caltex di Malaysia, dengan kerjasama Grab Malaysia akan mendermakan kira-kira 2,800 makanan kepada petugas baris hadapan yang telah menjalankan khidmat bagi menangani wabak COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif tersebut telah dimulakan sejak 15 Mei dan akan diteruskan sehingga 11 Jun ini, di mana Caltex dan Grab akan menghantar bungkusan makanan kepada petugas kesihatan di klinik, serta anggota polis dan tentera yang bertugas di sekatan jalan raya.

Di bawah program ini, Caltex dan Grab bekerjasama dengan Alibabab and Nyonya Cafe, sebuah restoran ternama yang menyajikan juadah Melayu-Nyonya bagi menyediakan dan membekalkan makanan sepanjang tempoh tersebut.

Menurut Jay Gomez, pengerusi Chevron Malaysia Limited berkata, "Chevron menghargai usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh para petugas baris hadapan dalam memastikan Malaysia kekal selamat, dan diharapkan dengan insiatif ini menunjukkan bahawa kami terus menyokong mereka dalam masa yang mencabar ini.

Rashid Shukor selaku Ketua Operasi Grab Malaysia berkata, "kami amat berbangga dapat berkolaborasi dengan Caltex dalam memastikan petugas baris hadapan tidak dilupakan sepanjang tempoh COVID-19 dan paling penting tidak terlepas daripada menjamah makanan ketika bertugas."

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…
Berita Domestik
Program Caltex Rewards kini tersedia di aplikasi CaltexGo, dimana ia membolehkan pengguna untuk…
Berita Domestik
Gilbert juga akan berperanan ke atas jualan komersil dan runcit, serta pemasaran produk pelincir…