Caltex Havoline Super 4T - Rangkaian minyak enjin baharu dari Chevron Malaysia!

oleh Afandi Che Muhamad|
Cakna dengan kondisi tunggangan yang memaksa pengguna motosikal berhempas-pulas di atas jalan raya sesak setiap hari, Chevron Malaysia Limited (Chevron Malaysia) tampil ke hadapan menerusi langkah pengenalan rangkaian minyak enjin reformulasi baharu dikenali sebagai Caltex Havoline Super 4T.

Sebagai permulaan, Chevron Malaysia hanya mempertaruhkan tiga gred minyak enjin seperti Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40, Super 4T Semi Synthetic SAE 10W-40 dan mineral.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum pelancarannya, rangkaian minyak enjin baharu ini telah terlebih dahulu direformulasi bagi memenuhi piawaian standard ditetapkan API dan JASO.

Pengurus Pemasaran Asia Pasifik Chevron Lubricants, Lennard Kwek berkata, pihaknya berharap penawaran rangkaian minyak enjin baharu mereka ini dapat memberi manfaat kepada pengguna jalan raya terutamanya dalam kalangan penunggang motosikal itu sendiri.

Bercerita lebih lanjut, apa yang menarik tentang ketiga-tiga minyak enjin baharu ini adalah ia disuntik dengan teknologi ZOOMTECH dan C.O.R.E. yang mana turut sesuai untuk kegunaan kotak gear jenis klac kering (dry clutch).

Kombinasi teknologi tersebut berupaya membantu mengelakkan berlaku risiko kepanasan enjin melampau, mengurangkan kadar geseran enjin selain mengoptimumkan prestasi enjin motosikal dan skuter yang ditunggang.
 
Untuk tempoh terhad ini, Chevron Malaysia menawarkan pek promosi bagi pengguna motosikal yang berminat dengan produk baharu berkenaan.

Pelanggan berpeluang membawa pulang cenderahati berupa sehelai tuala gentian mikro (micro fibre) eksklusif berjenama 'Ride Strong' bagi setiap pembelian Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40 dan Super 4T Semi Synthetic SAE 10W-40.

Maklumat lanjut mengenai Havoline Super 4T boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Caltex di www.caltex.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Caltex sasarkan untuk membuka 15 bengkel Havoline bikePro menjelang akhir 2023 bagi memberikan…
Berita Domestik
Kempen tersebut menawarkan barangan eksklusif edisi terhad Street Borne seperti backpack,…
Berita Domestik
  Shahid Ahmed, Pengerusi Chevron Malaysia berkata, "kami di Caltex® sentiasa mencari cara untuk…