Cameron Highlands tak perlu jalan baharu tetapi perlu tempat letak kereta

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) meminta kerajaan mengkaji semula rancangan membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata di sini dengan kos RM480 juta bagi mengatasi kesesakan di kawasan tanah tinggi itu seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2023.


Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Reach, A. Dilip Martin berkata, ini kerana laluan dari Habu ke Tanah bukan lokasi berlakunya kesesakan malah tidak pernah berlaku kesesakan di laluan itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurutnya, kesesakan biasanya berlaku di antara Tanah Rata ke Tringkap terutama di Kea Farm di Cameron Highlands.

 

“Reach terkejut dengan pengumuman rancangan pembinaan jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata untuk mengatasi isu kesesakan kerana jalan itu bukan lokasi berlakunya kesesakan malah tidak pernah berlaku kesesakan di situ.

 

“Kenapa hendak buat laluan baharu dari Habu ke Tanah Rata sedangkan di situ bukan kawasan kesesakan trafik? Adakah pihak yang berkenaan tidak membuat kajian terhadap rancangan ini?” katanya.

 

Menurutnya, masalah kesesakan di tanah tinggi itu bukan disebabkan masalah jalan raya tetapi kerana kekurangan tempat letak kenderaan.

 

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu membina lebih banyak tempat letak kenderaan untuk pelancong serta fasiliti lain di satu lokasi yang sesuai seperti parkir bertingkat.

 

“Kesesakan trafik di sini disebabkan tiada tempat letak kenderaan. Gerai banyak dibina tetapi tiada tempat parkir.


“Peruntukkan RM480 juta yang diumumkan untuk pembinaan jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata terlalu besar dan tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan trafik.

 

“Lebih baik bina tempat parkir, seperti parkir bertingkat dan dari situ disediakan bas untuk pelancong pergi ke satu-satu tempat. saya percaya jika ini dapat dilaksanakan, ini akan menyelesaikan masalah kesesakan di sini,” katanya.

gambar hiasan

 

Pada pembentangan Belanjawan 2023 Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata, Cameron Highlands dengan kos sebanyak RM480 juta.

 

Sebelum ini, Utusan Malaysia menyiarkan laporan mengenai kebimbangan Reach berhubung kesesakan yang semakin teruk di pusat peranginan itu.

 

Dilip Martin berkata, projek pembangunan hartanah bersepadu yang mengunjur dari Brinchang ke Kea Farm di Cameron Highlands akan memburukkan lagi kesesakan di kawasan pelancongan tanah tinggi itu.

 

Katanya, jumlah pelancong ke tanah tinggi itu meningkat mendadak sejak beberapa tahun lalu sehingga melebihi 600,000 setahun berdasarkan angka pada tahun 2013. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tiga anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK…
Informasi
  Katanya, siasatan lanjut dilakukan segera susulan dakwaan kejadian berlaku berhampiran Kuala Woh…
Berita Domestik
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dua daripadanya telah dirujuk ke Hospital Sultanah…