Campuran bahan api dengan minyak enjin - Honda CR-V varian 1.5 liter turbo terjejas!

oleh Mohamad Hanif|
Masalah baharu timbul buat para pemilik SUV Honda CR-V varian 1.5 liter turbo petrol (kod L15B7) di mana terdapat beberapa laporan kes yang menyebut berlaku pencampuran bahan api gasolin dengan minyak enjin.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut jurucakap Honda yang dipetik daripada laman Autoblog, Honda US telah menerima laporan yang serupa bagi model CR-V keluaran tahun 2017-2018 yang dilengkapi enjin 1.5 liter turbo, dan pihak mereka sedang menyiasat insiden ini. 

Tambah jurucakap itu lagi, kebanyakan kes dilaporkan berasal daripada tempat yang mempunyai suhu iklim yang sangat sejuk, di mana pencampuran antara dua bahan yang berbeza itu menyebabkan bacaan minyak enjin yang tidak stabil dan terlalu tinggi. 
 


Isu ini tidak terhad di kawasan beriklim sejuk di Amerika sahaja memandangkan sebelum ini Honda pernah memanggil kembali model CR-V 2018 dan Civic 2016-2017 di pasaran China, dan juga pasaran negara beriklim panas seperti New Mexico dan Texas. 

Sehingga kini Honda masih menyiasat laporan dan aduan yang telah diterima daripada para pemilik sebelum ini, dan mereka dijangka bakal hadir dengan solusi pada bulan November nanti sama ada membaik pulih komponen yang terjejas atau menukarkan unit enjin baharu bagi kenderaan yang terlibat dengan isu ini.

Isu pencampuran bahan api dengan minyak enjin memberikan kesan yang buruk kepada tahap ketahanan dan kesihatan enjin kereta oleh kerana minyak enjin tidak berada di dalam keadaa kelikatan asal seterusnya tidak mampu untuk memberikan pelinciran yang sepatutnya kepada pergerakan mekanikal, dan mempercepatkan kadar kelusuhan komponen enjin.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Siapa yang tidak kenal dengan SUV Honda CRV yang merupakan SUV terbesar dalam kalangan keluarga SUV…
Telah Diuji
Varian tertinggi terbaharu ini merupakan gabungan trenkuasa hibrid antara petrol dan motor elektrik…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…