Cara menyelit/mencilok yang selamat

oleh HEZERI SAMSURI|
Menyelit di antara kenderaan adalah perkara lazim untuk motosikal, dan ia juga dibenarkan dari segi undang-undang. 

Dua negeri di Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa negara maju lain juga membenarkan motosikal untuk menyelit di antara kenderaan-kenderaan (dalam kawasan sibuk dan dalam kelajuan rendah).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Untuk mereka yang baharu menunggang dan mencari tip-tip untuk menyelit, di bawah kami senaraikan beberapa cara yang membenarkan anda menyelit dengan selamat.


Ketahui saiz motosokal anda

  • Setiap motosikal mempunyai kelebaran tersendiri dan anda perlu tahu kawasan selebar mana yang mampu memuatkan jentera dan juga lutut anda.
  • Ada motosikal yang mempunyai bahagian belakang yang lebih lebar - skuter contohnya. Bila membawa pembonceng di atas skuter besar, lutut pembonceng sering terkeluar jauh dari badan skuter.
  • Untuk yang membawa motosikal lengkap dengan pannier, pastikan anda tahu lebar jentera anda itu. Ada motosikal yang mempunyai pannier yang lebih terkeluar di satu sebelah berbanding dengan sebelah lain.

 

Sentiasa dalam keadaan cermat dan awas

  • Antara risiko utama menyelit ialah bila ada motosikal atau pejalan kaki melintas dari celah-celah kenderaan.
  • Ada juga kenderaan yang bertukar laluan dan tidak perasan kehadiran anda.
  • Kerana itu, anda perlu "membaca" jalanraya jauh di hadapan anda. 
  • Sekiranya ada tayar kenderaan di hadapan anda yang sudah membelok masuk ke laluan anda, cepat brek dan bersedia.
  • Jari-jari di tangan kanan juga sudah sepatutnya berada pada tuas brek hadapan agar anda lebih bersedia.

 

Tunggang perlahan!

  • Tidak kira sekiranya anda menyelit di laluan kecemasan atau di antara kenderaan, JANGAN menyelit dengan kelajuan tinggi kerana orang tidak akan berkata anda "power" atau "terror" tetapi mereka akan kata anda bodoh.
  • Kelajuan yang tinggi akan memerlukan masa untuk membrek dan brek kecemasan di antara kenderaan akan meningkatkan risiko anda terjatuh dan digilis.

 

Guna gear rendah

  • Antara sebab anda tidak boleh menunggang laju bila menyelit ialah kerana anda perlu menggunakan gear rendah - gear satu, atau dua.
  • Kelebihan menggunakan gear rendah ialah:
    • membataskan kelajuan anda
    • bunyi enjin membantu orang mendengar anda berada di sisi mereka atau sedang ke arah mereka
    • brek enjin membantu untuk menghentikan motosikal anda
    • anda lebih bersedia untuk memecut sekiranya ada bahaya mendatang


Jangan menyelit di lebuhraya

  • Kawasan di mana halaju kenderaan sudah melebihi 80 kmsj adalah kawasan yang merbahaya untuk menyelit.
  • Di negara maju yang membenarkan menyelit, menyelit hanya dibenarkan di kawasan trafik perlahan - seperti di persimpangan jalan atau di lampu isyarat.
  • Laluan lebuhraya seperti Lebuhraya Persekutuan adalah kawasan yang sangat bahaya untuk menyelit kerana tidak ada ruang yang cukup untuk mengelak jika anda terjatuh. 
  • Sama juga dengan lebuhraya PLUS dan lebuhraya yang lain - menyelit pada kelajuan tinggi mempunyai risiko yang terlalu tinggi.

 

Sentiasa fikirkan jalan keluar

  • Ini adalah satu cara yang sentiasa digunakan oleh penunggang dan pemandu berpengalaman.
  • Fikirkan yang terburuk dan fikirkan bagaimana anda hendak "keluar" dari situasi itu jika ia terjadi.
  • Contohnya, jika lori itu tiba-tiba terbabas dan masuk ke lorong kecemasan, apakah yang anda boleh lakukan? 
  • Ini ialah cara yang terbaik kerana anda sentiasa bersedia di dalam apa jua situasi.
     

Berita Berkenaan

Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika…