Caravan Jerman hadir di Malaysia secara rasmi

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika anda mahukan sebuah caravan berkualiti tinggi, lengkap semuanya termasuk waranti, Asia RV kini secara rasmi membawa masuk caravan-caravan terkini dari Jerman.

Semasa pameran Malaysia Auto Show 2024 (MAS 2024) yang berlangsung dari 22 hingga 26 Mei di MAEPS, Serdang, syarikat tersebut mempamerkan tiga unit caravan yang memang siap dengan segala kelengkapan.

Dua darinya ialah caravan treler, satu dengan kapatisi tempat tidur untuk empat orang berharga RM285,000 dan satu lagi yang lebih besar dengan kapasiti tujuh tempat tidur dengan harga RM299,000.

Treler-treler ini lengkap dengan waranti dua tahun untuk chassis dan lima tahun untuk sebarang kebocoran pada bumbung.

Asia RV juga membawa masuk campervan lengkap yang menggunakan van MAN TGE. Harga untuk campervan MAN 4X4 ialah RM785,000 dan varian 4X2 pula ialah RM758,000.

Ia lengkap dengan waranti dari MAN (untuk tren kuasa) dan kelengkapan lain dari Asia RV. 

Mereka juga sedang mencari pengedar-pengedar bagi produk tersebut. Untuk info lanjut, layari laman web mereka di www.AsiaRV.my atau hubungi 03-4043 6090 atau, lawati mereka di pameran MAS 2024 sekarang!


 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Suzuki GSX-S1000GX (RM89,900)     Muncul buat kali pertama di acara pameran EICMA 2023, Suzuki…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…
Berita Domestik
Acara anjuran MARii ini akan berlangsung di tapak pameran MAEPS di Serdang. Di bawah ialah antara…