Carlex Design lancar koleksi eksotik Himalaya, terdiri daripada 7 SUV ultra mewah

oleh Mohamad Hanif|
Firma rekaan terkenal dari Poland, Carlex Design memperkenalkan sebuah program penyesuaian baharu yang dibuat khusus untuk tujuh model SUV mewah, dinamakan sebagai Seven Elysia.

Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah:

• Aston Martin DBX
• Bentley Bentayga
• Ferrari Purosangue
• Lamborghini Urus
• Mercedes-AMG G 63
• Range Rover Vogue
• Rolls-Royce Cullinan
 

Range Rover


Tidak seperti apa yang ditawarkan sebelum ini, program Seven Elysia ini membawakan pendekatan kemasan mewah yang jauh lebih eksklusif dan eksotik.

Secara keseluruhan, kesemua tujuh SUV mewah yang dikhususkan di bawah program ini mempunyai kemasan cat berusan tangan berwarna emas dan perak yang disudahi dengan teknologi salutan habuk berlian, serta set rim tempa yang seragam.
 

G63


Untuk ruang kabin, Carlex Design menggunakan pendekatan tema warna perak, putih dan emas, diikuti dengan balutan kulit Himalaya yang eksotik pada tempat duduk, papan pemuka dan juga panel pintu.

Terdapat juga elemen berwarna emas - bergantung kepada model -  yang boleh didapati pada bahagian seperti roda stereng, pedal dan juga jeriji pembesar suara.
 

range rover


Sebagai info tambahan, kulit Himalaya yang digunakan itu tadi merupakan antara bahan yang biasa digunakan oleh kebanyakan pengeluar beg tangan mahal, seperti Hermes.

Menurut Carlex, setiap satu SUV mewah di bawah program Seven Elysia ini akan didatangkan dengan sijil ketulenan yang menyenaraikan perincian kenderaan termasuklah nombor siri serta tandatangan para pereka yang bertanggungjawab menghasilkan seni yang eksotik ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, anda boleh mendapatkan satu-satunya contoh trak pikap 6x6 untuk diletakkan di dalam garaj,…
Berita Global
Bagi mendapatkan sebuah MPV sporti yang diinginkan, anda mungkin boleh merujuk kepada hasil kerja…
Berita Global
Namun, anda mungkin akan melupakan kehadiran Ranger Raptor setelah melihat hasil kerja yang…