Carro Buka Bilik Pameran ZEEKR Baharu di Kuala Lumpur & Pulau Pinang, Dua Lagi Dijangka Menyusul

oleh Qalif Latif|
Carro, pasaran automotif dalam talian terbesar di Asia Pasifik dan platform kereta terpakai paling dipercayai di Malaysia, telah meluaskan lagi portfolionya dengan pembukaan dua bilik pameran ZEEKR baharu di Bangsar, Kuala Lumpur dan Juru Autocity, Pulau Pinang. Dua lagi bilik pameran dijangka dibuka menjelang akhir tahun ini .

Pengalaman Premium di Zeekr House

Di Juru Autocity, pelanggan boleh mengunjungi Zeekr House yang menawarkan perkhidmatan 3S jualan, servis dan alat ganti dalam ruang pameran moden seluas lebih 12,000 kaki persegi. Bilik pameran ini bakal mempamerkan model utama jenama EV premium dari China itu termasuk Zeekr 009 dan Zeekr 7X .

Zeekr

Perkongsian Strategik Carro & Zeekr

Pada Jun lalu, Zeekr telah melantik Carro sebagai pengedar sah di Malaysia menerusi penandatanganan Memorandum Persefahaman di kedai utama Carro di Puchong. Pelan ini merangkumi pembukaan empat bilik pameran Zeekr serta tiga bengkel Carro Care yang akan menyokong usaha runcit dan penyelenggaraan. Langkah ini juga menandakan perkembangan Carro daripada sekadar pasaran kereta terpakai kepada pemain dalam pasaran Kereta Baharu .

Mengenai Carro

Ditubuhkan pada 2015, Carro kini menjadi platform kereta terpakai dalam talian terbesar di Asia Tenggara. Syarikat unicorn ini bukan sahaja menawarkan pengalaman jual beli yang lebih telus dan dipercayai melalui penggunaan data dan AI, malah telah meluaskan operasi ke segmen kereta baharu di Singapura dan Malaysia. Carro kini mempunyai kehadiran kukuh di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Taiwan dan Hong Kong.

Carro juga memiliki rangkaian subsidiari termasuk Carro Care (perkhidmatan selepas jualan), Genie Financial Services(pembiayaan automotif), MPM Rent (sewaan dan fleet), Innorithm (pengurusan armada berasaskan IoT), dan Kaidee(platform e-dagang terbesar di Thailand). Pada tahun kewangan 2024, Carro mencatatkan keuntungan EBITDA positif tertinggi iaitu S$43 juta .

Lokasi Bilik Pameran ZEEKR Baharu

  • Kuala Lumpur: 79, Jalan Maroof, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur

  • Pulau Pinang: 1684, Jalan Perusahaan, Auto-City, 13600 Prai, Pulau Pinang

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan kereta ZEEKR, pelanggan boleh melayari carro.co/zeekr .


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Moses, yang terkenal dengan gelaran TV King, akan tampil dalam iklan televisyen 15 saat bersama…
Berita Domestik
Kerjasama strategik ini bukan sahaja memperluaskan rangkaian jualan ZEEKR di Malaysia, malah turut…
Berita Domestik
Kebakaran yang berlaku pada 1 April 2025 akibat kebocoran saluran paip gas asli itu telah…