CARRO jadi penaja utama Bangkok Century Cup, Standard Chartered Singapore Trophy

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat induk myTukar, CARRO secara rasmi menjadi rakan penaja utama untuk perlawanan bola sepak 'Bangkok Century Cup 2022' dan 'Standard Chartered Singapore Trophy 2022'.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Bertempat di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Liverpool FC akan menentang pesaing ketat mereka Machester United FC pada 12 Julai 2022 sebelum ke Singapura bagi melawan Crystal Palace FC pada 15 Julai 2022.

Penajaan ini merupakan sebahagian daripada rancangan CARRO untuk mempercepatkan pertumbuhan serantau di Asia Pasifik.

Sebagai rakan kongsi perlawanan rasmi, CARRO dan myTukar akan memberikan peminat akses awal untuk membeli pas premium eksklusif dan tempat duduk terbaik di stadium sebelum dibuka kepada penonton lain.

Para peminat juga boleh mengikuti beberapa siri kempen termasuk perjalanan berbayar yang ditanggung sepenuhnya untuk menyaksikan perlawanan, pas latihan, barangan perlawanan, dan jersi yang ditandatangani secara eksklusif.

Peminat bola sepak boleh membuat pra-pendaftaran untuk membeli tiket di https://promo.mytukar.com/presale dan pautan rasmi akan diberikan melalui emel mulai 10 Mei 2022 berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Pelanggan myTukar juga berpeluang untuk memenangi 10 pasang tiket bernilai RM6,695.70 untuk menonton perlawanan Liverpool FC vs Manchester United FC Live" dengan membuat pembelian kereta dari tempoh 9 Mei hingga 19 Jun 2022, selain menikmati tajaan penuh ke Bangkok termasuk penerbangan dan penginapan 3 hari 2 malam untuk dua orang.

Pembeli kereta dalam tempoh promosi ini juga akan menerima pakej Raytech Tint secara percuma, dan kupon Shopee bernilai RM1,900 (untuk model sedan dan SUV sahaja).

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Aaron Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Carro berkata, "ini merupakan satu…
Berita Domestik
Program Perantis myTukar selama 12-bulan ini akan menjadi penanda aras industri untuk pembangunan…
Berita Domestik
Menerusi pelaburan strategik ini, teknologi Carro akan membantu myTukar untuk meningkatkan kadar…