Carro suntik pelaburan US$30 juta dalam myTukar

oleh Mohamad Hanif|
Carro selaku penyedia platform pasaran automotif terbesar di Asia Tenggara telah melabur sebanyak US$30 juta di dalam platform bida kenderaan myTukar untuk mendigitalkan industri pengedar kereta terpakai di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi pelaburan strategik ini, teknologi Carro akan membantu myTukar untuk meningkatkan kadar penjualan di kalangan pengedar kereta terpakai tradisional secara digital, selain membantu pertumbuhan perniagaan tempatan. 

"Malaysia merupakan salah satu pendahulu pasaran automotif dan negara yang paling dipengaruhi secara digital di Asia Tenggara, jadi ini adalah langkah yang logik bagi kami untuk memperkembangkan perniagaan kami selepas Indonesia dan Thailand.

"Menerusi myTukar, kami merancang untuk bekerjasama dengan ribuan pengedar di seluruh Malaysia untuk merancakkan lagi pertumbuhan pasaran kereta terpakai. 

"Dalam masa beberapa tahun, kami juga turut mahu menggandakan lagi jumlah transaksi sedia ada kepada lebih US$500 juta," ujar pengasas Carro, Aaron Tan di dalam satu kenyataan. 
 


Diasaskan pada tahun 2015, Carro memulakan perniagaan di Singapura sebelum meluaskan lagi pengaruh mereka ke Indonesia dan Thailand bagi mencipta platform pasaran terbesar di rantau ini. 

Pada tahun lalu, Carro telah mencatatkan transaksi bernilai lebih daripada US$500 juta di tiga pasaran yang disebutkan tadi. 

Kemasukan Carro ke dalam pasaran Malaysia menerusi myTukar menandakan langkah terbaru mereka dalam memberikan tumpuan kepada membantu penjual kereta tradisional berhubung dengan penjual swasta menerusi saluran e-dagang. 

"Pasran kereta terpakai di Malaysia mengalami prestasi kurang baik sejak sedekad yang lalu, terutama pengedar kereta yang menghadapi penjualan yang tidak stabil.

"Untuk meningkatkan pendapatan mereka, pengedar tradisional di sini perlu mempergunakan teknologi digital untuk mencapai pangkalan pelanggan yang lebih meluas.

"Pengedar kereta terpakai di Malaysia adalah tonggak di dalam sektor automotifnya, dan kami percaya kami dapat membantu mereka merapatkan jurang digital untuk mencapai golongan digital itu tadi. Pelaburan Carro adalah sangat penting untuk mencapai visi kami," kata pengasas dan ketua pegawai eksekutif myTukar, Fong Hon Sum. 
 


Dilancarkan pada 2018, myTukar merupakan sebuah platform pembidaan kereta dalam talian bertujuan untuk mengubah proses pemilikan kereta secara tradisional di negara ini. 

Melalui saluran e-dagang, myTukar membenarkan penjual swasta membuat pemeriksaan berjadual kenderaan dengan ejen perkhidmatan jualan. 

"Dengan sokongan teknologi dan pengalaman serantau Carro, kami percaya bahawa kami boleh bekerjasama untuk meningkatkan pengalaman digital pengedar kereta Malaysia di seluruh negara," kata Fong.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…
Berita Domestik
Carro yang juga merupakan syarikat induk bagi myTukar juga telah melebihi sasaran keuntungan untuk…