Carsome Academy, Sunway University kerjasama tingkatkan kualiti pelajar TVET

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Carsome Academy dan Sunway University bekerjasama untuk membangunkan modul kemahiran insaniah (soft skills) menerusi institut latihan TVET di bawah program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama tersebut bakal membina sebuah kurikulum atas talian untuk memberi manfaat kepada pelajar Carsome Academy yang mengikuti kursus SKM.

Kurikulum tersebut mengandungi enam modul kemahiran insaniah iaitu modul asas dan modul pertengahan Bahasa Inggeris, Konsep Asas Kemahiran Komunikasi Teknologi Maklumat, Prinsip pengurusan serta kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.

Kurikulum kemahiran itu diwujudkan selaras dengan keperluan untuk menyediakan set kemahiran yang lebih holistik bagi para pelajar automotif.

Ia juga bertujuan untuk mempertingkatkan sifat peribadi graduan Carsome Academy supaya mereka dapat berinteraksi dalam dunia sebenar dengan lebih berkesan semasa mereka berada di persekitaran kerja yang kompleks.

 

2

 

Para pelajar akan menjalani kurikulum tersebut menerusi fakulti Carsome Academy secara atas talian dan dan juga di dalam kelas secara bersemuka.

Selain itu, Carsome Academy bersama Kerajaan Selangor baru-baru ini turut mengumumkan biasiswa kepada pelajar yang berjaya diterima masuk ke institusi tersebut.

Biasiswa TVET Selangor untuk pelajar Carsome Academy 2023 ditawarkan kepada belia Malaysia berumur antara 18 hingga 40 tahun yang dilahirkan di Selangor, serta terbuka kepada penduduk negeri Selangor yang menetap sejak lima tahun lalu.

Biasiswa tersebut akan tersedia untuk 30 pelajar yang layak diterima masuk ke Carsome Academy pada tahun 2023, untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Carsome Academy.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dan Pengarah…
Berita Domestik
"Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi…
Berita Domestik
Dengan perjanjian bersama EBC termasuk myTukar, MUV dan CARSOME, Proton yakin ia merupakan langkah…