Carsome Autofair tawar diskaun sehingga RM10,000

oleh SALINA JALIL|
Pembeli yang berminat mencari kenderaan terpakai berkualiti dengan pelbagai tawaran nilai terbaik untuk wang anda dijemput hadir ke Carsome Autofair yang dijadualkan pada 10 hingga 11 September 2022 di Carsome PJ Automall.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Terdapat lebih dari 200 kereta pra-milik yang berkualiti menanti anda selain tawaran lain  termasuk RM99 yuran tempahan, pakej penapis haba percuma dari Ecotint, Waranti Lanjutan Platinum percuma Pelan (EWP) dan tawaran istimewa bernilai sehingga RM3,500 termasuk dua baucar perkhidmatan servis serta perkhidmatan penyelenggaraan percuma 1 tahun.

 

Bersempena dengan ulang tahun yang ketujuh, Carsome turut memberikan hadiah pulangan tunai sehingga RM7,000 kepada tujuh pembeli kereta bertauliah. Untuk layak mendapat pulangan tunai, anda hanya perlu melengkapkan transaksi Carsome anda.

 

Pembeli hanya perlu membuat pembelian dalam tempoh promosi, isi borang dan menjawap kuiz dengan betul dan menghantar penyertaan melalui teks atau e-mel.


Pembeli yang berminat juga boleh memohon kelulusan pinjaman dengan kadar segera untuk memandu pulang kereta impian anda. Apa yang anda perlukan adalah membawa kad pengenalan atau pasport antarabangsa yang sah berserta lesen memandu, slip gaji tiga bulan terkini dan penyata KWSP atau pendaftaran syarikat (untuk bekerja sendiri) bagi tujuan dokumentasi.


Carsome Autofair diadakan pada 10 hingga 11 September, dari 9.00 pagi hingga 8.00 malam. Untuk maklumat lanjut, sila lawati CARSOME Autofair.