Carsome kembangkan operasinya ke Indonesia

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Salah satu syarikat e-perdagangan terbesar Malaysia, Carsome baru-baru ini telah memperkukuhkan lagi pengoperasiannya dengan melabur untuk mengembangkan syarikatnya di Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan penyertaan Carsome dalam lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia ke Jakarta pada hari Ahad lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng menyerahkan Letter of Intent (LOI) kepada Menteri Antarabangsa Perdagangan dan Perindustrian, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz bagi menunjukkan minat syarikat itu untuk menubuhkan operasi di Indonesia dan melabur dalam pendigitalan industri automotifnya.

Majlis tersebut turut disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, diiringi Menteri Luar YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Indonesia Retno Werdiningsih, dan Menteri Kerja Raya dan Perumahan Indonesia Basuki Hadimuljono.

 

2

 

Carsome juga bakal bekerjasama dengan syarikat yang berpangkalan di Indonesia iaitu Electrum untuk menyumbang kepada masa depan mobiliti di Indonesia bagi menggalakkan penggunaan mobiliti mampan.

Electrum merupakan syarikat kerjasama antara TBS dan Gojek dengan misi untuk membangun dan mengubah ekosistem kenderaan elektrik beroda dua di Indonesia.

Eric Cheng berkata, “CARSOME berterima kasih kepada kerajaan Malaysia bagi peluang menjadi antara pendahulu untuk melabur dalam pertumbuhan ibu kota masa depan Indonesia."

"Kami berada pada kedudukan yang baik menyumbang ke arah memperkukuh ekosistem automotif Nusantara melalui pendigitalan dan memacu pembangunan bakat serta penciptaan pekerjaan dengan penubuhan pusat baru di ibu negara itu”.

 

3

 

Carsome kini mengendalikan 42 pengedar di Jabodetabek, Jawa Barat dan Jawa Timur. Syarikat itu juga telah melancarkan makmal Carsome yang pertama di Indonesia pada bulan Ogos 2022, dan merupakan salah satu yang terbesar di empat pasaran operasinya.

Pada Jun 2022, Carsome Academy, institut teknikal automotif Carsome, telah dilancarkan di Jakarta untuk meningkatkan lagi tenaga kerja mahir dalam industri automotif.

Antara pakatan strategik lain Carsome di Indonesia termasuk pengambilalihan iCar Asia, platform terperingkat auto dalam talian terbesar di Asia Tenggara yang mengendalikan Mobil123 di Indonesia dan pemerolehan saham ekuiti PT Universal Collection, syarikat kereta yang berpangkalan di Jakarta serta perkhidmatan lelongan motosikal dengan anak syarikat di seluruh Indonesia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dan Pengarah…
Berita Domestik
"Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi…
Berita Domestik
Dengan perjanjian bersama EBC termasuk myTukar, MUV dan CARSOME, Proton yakin ia merupakan langkah…