Carsome luaskan servis selepas jualan dengan pelancaran pusat servis baharu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bermula pada tahun 2022, salah satu syarikat e-perdagangan terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara, Carsome telah melebarkan sayap dengan meneroka pasaran servis kereta selepas jualan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Carsome telah memulakan operasi servis kereta selepas jualan nya di dua buah Pusat Servis Carsome bertempat di lokasi strategik masing-masing iaitu Petaling Jaya dan Ampang.

Dengan mematuhi standard Carsome Certified, syarikat tersebut menawarkan sebuah pusat servis yang dikendalikan secara profesional, serta boleh diakses melalui platform tempahan digital CARSOME dengan harga servis berbaloi.

Selain memenuhi keperluan pembeli kereta terpakai, Carsome kini dapat memberikan perkhidmatan kepada sesiapa sahaja yang mencari kemudahan penyelenggaraan kereta tanpa kebimbangan.

 

3

 

Baru-baru ini, perkhidmatan servis selepas jualan Carsome dikukuhkan lagi dengan pelancaran pusat servis mereka oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng berkata, “Pusat Servis CARSOME menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang boleh dipercayai untuk penyelenggaraan kereta yang mudah dan tanpa kebimbangan."

"Kami komited untuk mengurangkan ketidakpastian yang terpaksa dilalui oleh para pemilik kereta untuk mendapatkan penyedia perkhidmatan penyelenggaraan kereta yang boleh dipercayai, berpatutan dan boleh diharapkan."

"Kami menyediakan platform tempahan digital yang telus, disokong oleh piawaian dan pakar Carsome sebagai pusat penyelesaian sehenti untuk pemilik kereta.”

 

2

 

Carsome juga komited memberikan perkhidmatan terbaik dimana setiap penyelenggaraan kereta akan diberi 20 titik pemeriksaan percuma untuk memastikan hasil selenggara terbaik.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan servis selepas jualan Carsome atau, sila layari laman web Carsome untuk sebarang maklumat lanjut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dan Pengarah…
Berita Domestik
"Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi…
Berita Domestik
Dengan perjanjian bersama EBC termasuk myTukar, MUV dan CARSOME, Proton yakin ia merupakan langkah…