Carsome PJ Automall kini rasmi dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Carsome selaku platform e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara telah melancarkan pembukaan Carsome PJ Automall yang terletak di Naza Automall, Petaling Jaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Carsome PJ Automall itu menyediakan pelanggan pengalaman pembelian yang lebih lengkap, bermula dari melihat, memilih sehinggalah kepada sesi pandu uji, sebelum melengkapkan pembelian melalui kemudahan kewangan yang disediakan oleh Maybank dan Public Bank di mana permohonan boleh diproses dan diluluskan dalam masa satu hari.

Kemudahan tambahan seperti perincian dan pemasangan cermin gelap oleh Ecotint dan Glass Auto juga turut disediakan.

Bilik pameran seluas lebih 100,000 kaki persegi itu mampu memuatkan lebih daripada 200 buah kereta yang terdiri daripada segmen SUV, MPV, 4x4, sedan, hatchback hingga ke segmen kenderaan mewah.

Pusat Pengalaman Carsome yang diperkenalkan pada tahun 2020 membawakan konsep 'Cara Baharu Membeli Kereta' dan memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih kereta Carsome Certified daripada laman web Carsome sebelum mengatur pandu uji di Pusat Pengalaman Carsome terdekat.
 

Carsome


Semenjak itu, Carsome telah menubuhkan lebih daripada 10 buah Pusat Pengalaman di Malaysia untuk memenuhi permintaan kereta terpakai yang kian meningkat.

Bersempena dengan pelancaran Carsome PJ Automall, Carsome akan menganjurkan acara Shop and Dine Carsome CARnival selama dua hari pada hari Sabtu, 11 Jun dan Ahad, 12 Jun pada jam 12.00 tengah hari hingga 8.30 malam.

Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai pilihan makanan, menikmati persembahan muzik dan juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dan permainan sambil melihat kereta pra-milik Carsome yang dipamerkan di Carsome PJ Automall sebelum membuat pembelian.

Mereka juga boleh menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM12,000, termasuk Nintendo Switch OLED, jam tangan pintar Garmin Venu SQ dan banyak lagi.

Selain itu, pelanggan yang berjaya membeli kereta Carsome Certified dari Carsome PJ Automall ketika acara itu berlangsung akan menikmati Naik Taraf Waranti Platinum secara percuma bernilai sehingga RM1,500; cermin gelap percuma bernilai RM900; dan RM100 kredit eWallet Touch ‘n Go secara percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shop and Dine Carsome CARnival, sila layari laman web Carsome di https://www.carsome.my/news/item/carsome-pj-automall-launch-promo.

Berita Berkenaan

Informasi
  Terdapat lebih dari 200 kereta pra-milik yang berkualiti menanti anda selain tawaran lain  …