Casio A210WEST - Model jam tangan hasil kolaborasi dengan Siri Netflix Stranger Things, dari RM599

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Melangkah ke dimensi alternatif dengan kerjasama eksklusif Casio yang diilhamkan oleh siri popular Netflix iaitu Stranger Things, Casio memperkenalkan model kolaborasi terbarunya iaitu A210WEST.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Stranger Things merupakan siri pengembaraan misteri Netflix yang berlatarbelakangkan tahun 1980-an di bandar kecil Amerika.

Reka bentuk jam tangan baharu itu diilhamkan oleh Stranger Things, menampilkan banyak rujukan budaya pada tahun 1980an.

2

Diasaskan dari model A120, ia diinspirasikan oleh jam tangan digital Casio yang dikeluarkan pada tahun 1980-an.

Model A210WEST hadir dengan reka bentuk yang merujuk kepada 'Upside Down', dimensi alternatif yang wujud selari dengan dunia manusia di dalam siri itu.

Keseluruhan rekaan A210WEST menampilkan ciri yang merujuk kepada watak dan misteri dari siri Stranger Things, di mana ia pastinya amat menarik untuk dimiliki oleh peminat siri tersebut.

3

Ia turut didatangkan dengan kerangka dan tali resin, ciri kalis air, jam randik, penggera, isyarat masa setiap jam, kalendar automatik serta lampu LED

Casio A210WEST ditawarkan dengan pembungkusan khas dengan imej pelakon watak muda rancangan itu, dan kini boleh didapati pada harga RM599.

Layari laman web Casio Malaysia untuk sebarang maklumat lanjut.