Casio EDIFICE ECB-40MU sempena ulang tahun Mugen yang ke-50

oleh Mohamad Hanif|
Casio kembali dengan jam tangan terbaharu di bawah siri EDIFICE SOSPENSIONE ECB-40MU yang bercirikan sukan permotoran bersempena dengan sambutan ulang tahun MUGEN yang ke-50.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Ia didatangkan dengan skema empat warna jenama MUGEN, di mana terdapat jalur putih, merah dan emas merentasi muka dial berwarna hitam, bucu jarum berwarna merah, tiga warna fon pada dial kecil, serta logo MUGEN pada posisi jam tiga.
 

ECB


Sementara di bahagian bezel pula menampilkan ukiran nombor yang menggunakan muka taip (typeface) sebenar MUGEN, seperti yang terdapat pada tombol gear manual Type R.

Rekaan casis EDIFICE ECB-40MU ini diinspirasikan daripada suspensi double-wishbone yang digunakan pada jentera lumba, dengan binaan badan resin bertetulang gentian karbon yang ringan namun lebih kukuh.
 

mugen


Memastikan jam tangan ini selesa dipakai pengguna ialah penggunaan bahan Alcantara pada tali jam yang elegan dan lembut untuk disentuh, serta tidak ketinggalan hiasan logo dan warna MUGEN.

Akhir sekali, penutup pada bahagian belakang turut diserikan dengan ukiran logo MUGEN dan EDIFICE.
 

MUGEN


Jam tangan ECB-40MU ini membawakan ciri seperti fungsi jam randik, pelarasan waktu automatik, waktu dunia (300 bandar), kalis air 10-bar, sokongan sambungan kepada peranti pintar (Bluetooth), serta sistem pencahayaan LED automatik Super Illuminator.

Menurut laman web Casio, jam tangan bercirikan sukan permotoran ini akan mula dipasarkan pada Ogos 2023.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ia membawakan penampilan ikonik G-SHOCK serba hitam diikuti logo TITAN 22, frasa "For Love of The…
Gaya Hidup
Jam tangan terbaharu ini menampilkan binaan casis CARBONOXTM 45 mm yang direka untuk tahan di bawah…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…