CASIO EDIFICE TOM’S EFS-S641TMS-1A : Jam tangan edisi khas untuk peminat motorsport

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Satu lagi model edisi khas hasil kolaborasi terbaharu CASIO EDIFICE khusus untuk para peminat motorsport, CASIO EDIFICE TOM’S EFS-S641TMS-1A kini di pasaran secara rasmi di Malaysia.

MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

CASIO EDIFICE TOM’S EFS-S641TMS-1A merupakan hasil kerjasama antara CASIO EDIFICE dan syarikat penala terkenal Jepun, iaitu TOM'S.

Jam tangan edisi khas itu dihasilkan untuk memberi penghormatan kepada TOM's KP47 Starlet, sebuah jentera lumba ikonik oleh pasukan lumba TOM'S dengan pelbagai kejayaan mencatat rekod pada tahun 70-an.

 

2

 

Bagi para peminat sukan motor, nama TOM'S sememangnya tidak asing dengan kejayaan penghasilkan jentera yang ditala untuk kelajuan.

Ditubuhkan pada tahun 1974, TOM'S merupakan salah satu pasukan sukan permotoran di Jepun yang berprestij dan kaya dengan sejarah kejayaan dalam pelbagai perlumbaan.

Pada awalnya, TOM'S merupakan pasukan penalaan rasmi Toyota dan pakar dalam pembangunan dan penjualan jentera lumba, alat ganti dan banyak lagi.

 

3

 

Syarikat penala itu juga menyertai perlumbaan kereta sebagai pasukan separuh kerja untuk Toyota di Jepun dan antarabangsa dalam pelbagai kategori termasuk SUPER GT dan SUPER FORMULA.

EDIFICE juga telah menjadi penaja rasmi pasukan TOM'S sejak tahun 2013, di mana kerjasama itu melambangkan ketepatan tinggi dan ketukangan yang unggul, membawa semangat perlumbaan TOM'S ke dalam dunia pembuatan jam tangan.

Model jam edisi ulang tahun ke-50 TOM'S mengukuhkan lagi kerjasama kedua syarikat itu dengan menjadikan salah satu binaan terhebat TOM'S, iaitu TOM's KP47 Starlet sebagai temanya.

 

4

 

Putih, merah dan hijau, skema warna yang melambangkan jentera TOMS'S KP47 Starlet disepadukan ke dalam dail dengan corak sarang lebah, menampilkan rekaan yang menyerupai jeriji dan enjin 3K-R berwarna ungu.

Corak pada dalaman dail juga diinspirasikan daripada roda Igeta yang digunakan pada jentera itu, manakala dua loop pada hujung tali kulit itu turut menampilkan rekaan cermin sisi dan warna KP47.

Berikut merupakan ciri dan fungsi pada jam tangan edisi khas TOM’S EFS-S641TMS-1A:

●    Kalis air sedalam 100 meter
●    Diasaskan dari model EFS-S641 SOSPENSIONE chronograph berkuasa solar
●    Binaan badan resin bertetulang gentian karbon yang ringan
●    Kristal sapphire dengan salutan anti-reflektif pada permukaan dalam

 

5

 

Tak kira sama ada korang peminat sukan permotoran, pengumpul jam, atau fashionista, CASIO EDIFICE TOM’S EFS-S641TMS-1A ada keunikannya tersendiri. Pada harga RM1,649, jam edisi terhad ini boleh didapati di kedai rasmi CASIO di Lazada klik sini.

Tak suka membeli dalam talian? Jangan risau! Boleh dapatkan Edisi Ulang Tahun Ke-50 TOM’S di kedai rasmi CASIO yang berdekatan, bermula dari 20 September 2024. Senarai kedai rasmi CASIO boleh didapati di laman web CASIO di sini (stok tidak tersedia di kedai G-SHOCK dan G-Factory)

 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…
Gaya Hidup
Ia didatangkan dengan skema empat warna jenama MUGEN, di mana terdapat jalur putih, merah dan emas…
Gaya Hidup
Dengan lebih daripada 56 juta naskhah komik yang telah berjaya dijual, pelukis Initial D itu telah…