Casio EDIFICE Windflow ECB-2200 - jam tangan sporti inspirasi daripada jentera F1

oleh Mohamad Hanif|
Casio Computer membawakan penawaran terbaharu kepada siri jam tangan EDIFICE yang dinamakan sebagai EDIFICE Windflow.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti nama yang tertera, rekaan jam tangan ini sememangnya diinspirasikan daripada aliran udara aerodinamik yang terhasil pada sesebuah kereta lumba formula yang pantas membelah litar.
 

ECBV


Elemen tersebut boleh dilihat dengan jelas menerusi rekaan sisi kiri jam tangan ini, di mana ia menampakkan bentuk seakan aliran udara yang bergerak pada profil sisi sesebuah jentera formula.

EDIFICE ECB-2200 ini membawakan struktur binaan resin bertetulang gentian karbon, diikuti dengan rekaan dial berlapis bermotifkan sukan permotoran, serta pilihan tali jam daripada bahan urethane atau logam.
 

ECB


Antara fungsi yang dimuatkan termasuklah sistem pengecasan Tough Solar, kiraan masa menurun, jam randik, waktu dunia (300 bandar), sistem pencahayaan LED berkembar Super Illuminator, sokongan aplikasi peranti pintar serta pelarasan waktu automatik dengan menggunakan Bluetooth.

Terdapat tiga pilihan model EDIFICE Windflow, iaitu ECB-2200P-1A (tali jam urethane), serta dua jam bertali logam iaitu ECB-2200DD-1A dan ECB-2200DC-1A.
 

Edifice


Pihak Casio mendedahkan jam tangan terbaharu EDIFICE Windflow ini bakal dipasarkan pada Ogos 2023.