Casio G-SHOCK GBD-200 kini di Malaysia - bermula dari RM699

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, jam tangan terbaharu Casio GBD-200 kini sudah boleh dibeli di kesemua kiosk G-SHOCK, G-Factory, serta pengedar sah di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan Casio GBD-200 merupakan penambahan baharu ke dalam barisan G-SQUAD yang membawakan rekaan yang ikonik diinspirasikan daripada jam tangan pertama G-SHOCK.
 

GBD-200


Casio GBD-200 bukan sahaja sesuai dipakai seharian, malah ia juga didatangkan dengan ciri-ciri fitness seperti  keupayaan penjejak rentak larian masa nyata, jumlah kalori yang dibakar, fungsi GPS, dan keupayaan untuk disambungkan kepada peranti pintar menerusi aplikasi G-Shock Move.

Ia amat mudah untuk dipakai, dibantu dengan dimensi yang lebih kecil berbanding model GBD-100, serta tali jam yang diperbuat daripada bahan urethane lembut untuk tujuan pengudaraan yang lebih berkesan terutama ketika melakukan aktiviti luar.
 

GBD-200


Casio GBD-200 ditawarkan dalam tiga warna menarik, iaitu Black, Navy Blue serta warna terang Fluorescent Lime.

Harga jualan bermula dari RM699.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…