Casio G-SHOCK GMW-B5000TCC-1 bawakan rekaan papan litar, binaan titanium TranTixxi

oleh Mohamad Hanif|
Jam tangan G-SHOCK GMW-B5000TCC-1 yang unik ini merupakan jam tangan kedua yang dihasilkan menggunakan bahan TranTixxi selepas GMW-B5000TR-9 (dilancarkan tahun 2021).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bahan aloi titanium TranTixxi ini dihasilkan oleh Nippon Steel Corporation dan dua kali lebih keras berbanding titanium tulen.
 

GMW


Selain daripada sifatnya yang ringan, bahan TranTixxi ini juga mempunyai sifat anti-hakisan serta hipoalergenik.

Disebabkan itu, berat keseluruhan GMW-B5000TCC-1 ini adalah sekitar 104 gram sahaja, lebih ringan berbanding model GMW-B5000 (167 gram) yang menggunakan keluli tahan karat.
 

GMW


Antara ciri unik yang wujud pada GMW-B5000TCC-1 ini ialah rekaan yang diinspirasikan daripada papan litar yang sama seperti model DWE-5600CC-3.

Rekaan seakan penyamaran ini merupakan hasil daripada penyaduran ion hitam pada bahagian bezel dan tali jam, sementara ukuran laser dwi-proses pula menghasilkan kesan warna dua tona.
 

GMW


Terdapat modul nombor "3459" yang diukir pada bahagian bawah bezel, sementara corak papan litar itu tadi juga boleh didapati pada bahagian muka dan panel solar jam tersebut.

Jam tangan G-SHOCK GMW-B5000TCC-1 ini dikuasakan oleh Tough Solar, selain membawakan keupayaan kalis air 200 meter, sistem penyegerakan masa automatik Multi-Band 6, sokongan Bluetooth, jam penggera dan jam randik, serta sistem pencahayaan LED.

Berdasarkan semakan di laman web Casio Malaysia, harga jualan GMW-B5000TCC-1 ini bermula dari RM7,995.00.

Berita Berkenaan

Berita Global
Di antara kelebihan menggunakan teknik percetakan tiga dimensi ini sudah tentu dari segi kadar…
Berita Global
Sebelum ini supercar McLaren F1 didatangkan khas dengan kit perkakas yang diperbuat daripada bahan…