Jam tangan G-Shock GSW-H1000 masih lagi membawakan penampilan yang ranggi tipikal sebuah jam tangan G-Shock, dan ini merupakan siri produk kedua yang menampilkan sistem daripada Google.
Aplikasi Wear OS boleh digunakan untuk peranti Android dan juga iPhone, tetapi beberapa fungsi untuk iPhone seperti iMessage dan Facetime tidak akan boleh digunakan.
Dari segi spesifikasi, GSW-H1000 mempunyai keupayaan tahan gegaran, serta kalis air sedalam 200 meter, sementara skrin berwarna 1.2 inci TFT itu turut didatangkan dengan keupayaan sesentuh dan ciri Always-On.
Tidak ketinggalan ciri seperti accelerometer, gyrometer, GPS, penderia tekanan udara dan altitud ketinggian, serta penderia bacaan degupan jantung PPG.
Sistem operasi Wear OS daripada Google menyokong pelbagai ciri pintar seperti notifikasi, navigasi, Google Assistant, dan beberapa aktiviti fitness seperti berlari, berenang, dan sukan ekstrem.
Terdapat dalam warna merah, hitam dan biru, G-Shock GSW-H1000 ini dijual pada harga bermula dari US$700 (RM2,900).